34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Puteri Sarah Banyak Mengadu Dengan Allah SWT, Doa Sebagai Penguat Diri – ‘Saya Takut Nak Cerita Dengan Orang’

    Shopee Sale

    Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi caranya melalui fasa sukar dalam kehidupan rumah tangganya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Artikel Berkaitan: ‘Terpaksa Sanggup Tapi Sebenarnya Tak Nak…’ – Komen Puteri Sarah Raih Perhatian, Netizen Turut Bersetuju

    MENARIK:  Malaysia Airlines Tawar Diskaun Sehingga 15% Di Semua Laluan! Ajak Pelancong Nikmati Penjimatan Hebat

    Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Liyana Sokong Wanita Pilih Berhias Hadiri Prosiding Perceraian – ‘Pakai Hitam Buat Apa?’

    Kena jadi kuat

    " data-video-id="7631967999934713108" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @studiosembang

    yes mesti kita semua can learn something from Puteri Sarah Liyana punya stories, we promise. #jomsembang now kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts and dengar sendiri ok! #studiosembang

    ♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

    Menerusi klip daripada podcast Sembang Studio, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkata setiap kali berdepan tekanan dia akan menunaikan solat dan mengadu kepada Allah dengan meluahkan segala rasa yang terbuku di hati.

    Dalam pada itu, Sarah turut mengakui dia menjadi lebih berhati-hati untuk berkongsi masalah dengan orang lain kerana pernah beberapa kali dikhianati.

    Kadang-kadang kita kena bina diri sendiri untuk jadi kuat. Tapi kita ni manusia kan kadang-kadang kita pun nak manja, nak disayangi.

    Satu-satunya perkara yang saya buat ialah solat. Cakap dengan Allah, ‘ya Allah kenapa jadi macam ini hari ini? Sarah tak nak jadi macam ini’.

    Saya cakap sorang-sorang. Saya juga doa ‘tolong berikan apa-apa petunjuk apa yang saya kena buat.’

    Saya dah jadi takut nak cerita dekat orang sebab terlalu banyak kali saya kena tikam belakang.

    Itu satu-satunya cara yang boleh bantu saya sembuh.

    Katanya lagi, selepas solat dan meluahkan segala perasaan dia akan menenangkan diri dengan memeluk diri sendiri sambil memberi kata-kata semangat.

    Kalau saya boleh jumpa diri saya yang dulu, saya nak cakap jaga maruah dan jaga diri.

    Kadang-kadang lepas saya solat, saya dah mengadu semua pada Allah dan perkara terakhir yang saya buat adalah peluk diri saya sendiri, ‘Sarah, awak dah buat yang terbaik’.

    Siapa nak peluk saya? Sayalah kena peluk diri sendiri.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Puteri Sarah Banyak Mengadu Dengan Allah SWT, Doa Sebagai Penguat Diri – ‘Saya Takut Nak Cerita Dengan Orang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah