Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed gagal menahan sebak mengenangkan makanan yang dibuat oleh ayah mentuanya sempena sambutan Hari Raya.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Tarik Laporan Polis Terhadap Keluarga Mentua – ‘Keputusan Ini Hadiah Raya Paling Besar Untuk Mereka’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Prince Syed Terkilan, Dedah Telefon Kena ‘Hacked’ – ‘Kalau Meninggal Saya Tiada Di Tapak Niaga’
Rindu lemang ayah mentua

Ketika ditemui , Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, akui merindui lemang buatan ayah mentua.
Dalam pada itu, Prince Syed menyifatkan ayah mentuanya sebagai seorang yang baik selain menegaskan bahawa kasih sayang terhadap keluarga mentua akan sentiasa terpahat di hati.
Saya rindu lemang ayah mentua saya buat.
Rindu sangat. Ayah mentua saya ini orangnya baik.
Apa jadi sekali pun, kasih sayang saya pada keluarga mentua tidak akan pernah pudar.
Sebab itu saya ambil pendekatan itu jadikan segala yang terjadi sebagi satu pengajaran.
Prince Syed berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mengulas lanjut mengenai hubungan antara keluarga mentua, Prince Syed memaklumkan semakin baik serta mengambil positif untuk menjadi suami dan menantu yang lebih baik.
Walaupun saya dibelasah oleh keluarga mentua, saya tidak fikir semua itu.
Saya jadikan perkara ini sebagai usaha untuk saya menjadi suami yang lebih bertanggungjawab untuk jaga isteri saya elok-elok.
Hubungan kami dan keluarga dah semakin baik. Doakan kekeluargaan kami sentiasa positif.
Tak mahu dah ada masalah sebegini di masa hadapan.
Pada 14 November lalu, empat ahli keluarga mentua Syed telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan berbeza.
Ibu bapa mentua serta adik ipar Syed mengaku tidak bersalah atas dakwaan sengaja mencederakannya di Sungai Bertek pada awal November, manakala abang ipar Syed turut membuat pengakuan sama atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta milik adiknya, Fatin Syazwani.
Kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin, dengan kes kecederaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara atau denda jika sabit kesalahan.
The post ‘Hubungan Kami & Keluarga Dah Semakin Baik’ – Prince Syed first appeared on OHBULAN!.





