34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong – PM

    Shopee Sale

    Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Beliau berkata senarai itu merangkumi individu yang layak untuk menerajui badan pencegahan rasuah negara itu.

    Bercakap kepada media selepas menghadiri makan tengah hari dan menyantuni komuniti di Pasar Tani Kekal Permas Jaya di Pasir Gudang hari ini, Anwar sempat berseloroh apabila ditanya tentang jumlah calon yang disenaraikan untuk pertimbangan Seri Paduka Baginda.

    “Ada 120 (nama calon yang diserahkan),” kata beliau sebelum bergerak menuju ke Masjid Bandar Permas Jaya di Pasir Gudang bagi menunaikan solat Jumaat.

    Mengulas lanjut, beliau berkata butiran mengenai senarai pendek calon tidak akan didedahkan buat masa ini dan hanya akan diumumkan kemudian.

    MENARIK:  ULASAN | Menanti ‘sinergi kempen’ di Sungai Bakap

    “Itu (senarai pendek) … akan diumumkan nanti," katanya ringkas.

    Terdahulu, menurut hantaran di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri hari ini.

    Semalam, Seri Paduka Baginda bertitah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu akan dipilih bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

    Terdahulu, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama-sama komuniti setempat di Pasar Tani Kekal Permas Jaya serta meninjau barangan keperluan asas yang dijual.

    Ketibaan beliau pada 12.33 tengah hari tadi disambut oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

    Perdana Menteri kemudiannya meneruskan perjalanan ke Masjid Bandar Permas Jaya untuk menunaikan solat Jumaat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah