Hantaran terkini usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red dibanjiri komen netizen yang meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan tuntutan hutang serta bayaran tunai sebanyak RM100,000 terhadap penyanyi, Adira.
Artikel Berkaitan: ‘Betul Ke Minta RM100k Daripada Adira? Jika Pengesahan Lafaz Rujuk Sah, Keluar Mahkamah Saya Nak Lepaskan Dia’ – Datuk Red
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Terharu Terima Kejutan Daripada Anak-Anak, Rai Hari Lahir Bersama – ‘Papa Perhati Awak Semua Dari Jauh’
Netizen menyesal sokong bisnes

Menerusi perkongsian di TikTok, Adnan atau mesra disapa Datuk Red dilihat memuat naik beberapa fotonya di sebuah kafe.
Pada hantaran yang sama, Datuk Red sertakan dengan kapsyen ringkas serta lagu yang dipopularkan oleh Ukays berjudul Tergamak Kau.
Semoga dipermudahkan.
Kita jadi kawan. Demi anak.
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang dilihat kecewa dengan dakwaan terhadap syarat yang dikemukan Datuk Red untuk membatalkan kes pengesahan rujuk, termasuk menggugurkan saman sivil.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Datuk Red melepaskan bekas isterinya, Adira dengan baik berikutan jasa yang telah dikorbankan ketika waktunya susah suatu ketika dahulu.
Terdahulu, kes pengesahan lafaz rujuk antara Adira dan Datuk Red yang difailkan di mahkamah masih belum menemui penyelesaian dan telah ditangguhkan kepada 25 Jun depan bagi proses seterusnya.
Sebelum ini, Adira terkejut apabila bekas suaminya didakwa mengemukakan beberapa syarat untuk membatalkan kes pengesahan rujuk, termasuk menggugurkan saman sivil berkaitan tuntutan hutang serta bayaran tunai sebanyak RM100,000.
Bagaimanapun, Datuk Red tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat termasuk tuntutan wang seperti yang diperkatakan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2015 sebelum berpisah pada April 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: TikTok @abg red
The post Datuk Red Mahu Jadi Kawan, Netizen Mohon Lepaskan Adira Dengan Baik – ‘Berdamailah Dengan Takdir’ first appeared on OHBULAN!.





