27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Himpunan Tangkap Azam Baki Sabtu ini diteruskan

    Shopee Sale

    Himpunan Tangkap Azam Baki yang dijadualkan pada Sabtu ini diteruskan meskipun selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah akan memilih sendiri pengganti jawatan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru.

    Pengerusi Bersih Faisal Aziz yang merupakan sebahagian daripada sekretariat Tangkap Azam Baki menegaskan himpunan itu yang akan turut disertai pertubuhan masyarakat sivil (CSO) akan diteruskan.

    "Himpunan Sabtu ni akan tetap diteruskan. Kita akan pastikan Azam Baki takkan disambung untuk kali keempat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

    Dalam kenyatan yang dikongsi di media sosial, Faisal berkata kontroversi berkaitan SPRM bukan isu berkaitan Azam semata-mata tetapi isu sistem dan struktur.

    “Kes pegangan saham, mafia korporat, ketelusan dalam siasatan, termasuk kes kematian Arwah Ahmad Saibaini dan mendiang Teoh Beng Hock menjadi kewajaran untuk kerajaan umumkan RCI.

    “Justeru himpunan Sabtu ini akan menjadi medan untuk rakyat bangkit menentang kerosakan dalam SPRM ini hingga satu Reformasi secara menyeluruh terhadap SPRM dilaksanakan,” katanya.

    Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah baginda akan memilih ketua pesuruhjaya SPRM yang baru dan mengingatkan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara itu.

    MENARIK:  Yeoh berterima kasih PM selesaikan isu rumah kekal Taman Rimba Kiara

    Sultan Ibrahim bertitah bahawa jawatan berkenaan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperananan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

    Kedudukan Azam dipertikaikan setelah media antarabangsa, termasuk Bloomberg dan The Straits Times, melaporkan berkaitan pegangan besar sahamnya yang melebihi jumlah dibenarkan bagi penjawat awam.

    Perkara itu dibawa ke kabinet tetapi belum ada sebarang keputusan diumumkan dan kerajaan menyerahkanya kepada tindakan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

    Azam digasak hebat oleh pengkritik, terutamanya bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli, pembangkang serta kumpulan NGO, termasuk melalui siri kempen dan demonstrasi jalanan.

    Sementara itu Rafizi yang juga bekas timbalan presiden PKR pula berkata, dia hanya bergantung kepada penganjur program itu untuk meneruskan ataupun tidak.

    Namun, dia memberi bayangan akan menyertai program itu jika ia diteruskan.

    "Saya hanya dijemput untuk bagi ucapan... Saya akan turun InsyaAllah," kata Rafizi ketika diminta mengulas mengenai himpunan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah