28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump umum projek mega AI bernilai AS$500 bilion

    Shopee Sale

    GLOBAL | Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan inisiatif pelaburan kecerdasan buatan (AI) besar-besaran bernilai AS$500 bilion dengan sokongan OpenAI, SoftBank dan Oracle bagi memperkukuh infrastruktur AI serta mewujudkan peluang pekerjaan di negara itu.

    Inisiatif yang dinamakan Stargate itu akan menyaksikan ketiga-tiga gergasi teknologi berkenaan membentuk usaha sama untuk membangunkan infrastruktur AI, dengan Trump menyifatkannya sebagai pelaburan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam inovasi Amerika, lapor Agensi Anadolu (AA).

    “Kami bermula dengan pelaburan besar yang masuk ke negara kami pada tahap yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” kata Trump di Rumah Putih pada hari penuh pertamanya dalam penggal kedua.

    MENARIK:  Pakatan baru di Sabah? Warisan nafi, Jeffrey enggan komen

    Beliau menambah bahawa Stargate akan menjana lebih 100,000 pekerjaan di Amerika dan menekankan komitmen pentadbirannya untuk mempercepatkan pelaksanaan projek itu melalui perintah kecemasan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah