30.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Angkat Rizalman Ibrahim Digilis Lori, Alami Komplikasi Organ Dalaman

    Shopee Sale

    Anak angkat kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim iaitu Umar Nail, dilaporkan terlibat dalam kemalangan selepas dilanggar sebuah lori ais di kawasan Wangsa Walk, Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: ‘Apa Aku Kata Tentang Mahram?’ – Rizalman

    Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Rizalman & Anak Pergi Langkawi Naik Jet Peribadi, Tinggal Di Villa Mewah Harga Satu Malam RM50,000?

    Digilis lori beberapa saat

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Rizalman memaklumkan Umar, 24, ketika kejadian sedang berjalan di laluan pejalan kaki sebelum sebuah lori ais yang sedang mengundur dipercayai bertembung dengannya.

    Susulan kemalangan tersebut, Umar terperosok di bawah lori sebelum digilis selama beberapa saat sehingga menyebabkan komplikasi pada organ dalamannya.

    Umar keluar sekejap semalam. Dia sedang berjalan di laluan pejalan kaki di Wangsa Walk sebelum tiba-tiba bertembung dengan sebuah lori ais secara mengundur.

    Umar masuk ke bawah lori dan digilis selama beberapa saat. Disebabkan kejadian itu, terdapat sedikit komplikasi pada organ dalamannya.

    Selain itu, Rizalman memaklumkan keadaan Umar pada awalnya sangat kritikal namun kini anak angkatnya itu berada di bawah pemantauan pasukan pakar.

    MENARIK:  Netizen Minta Fokus Umrah, Eyka Farhana Beri Respon – ‘Niat Saya Hanya Nak Tunjuk Keindahan Beribadah Di Sana’

    Dalam pada itu, Rizalman meluahkan rasa syukur apabila orang ramai di lokasi kejadian tampil membantu selain beberapa kenalannya turut memudahkan urusan mendapatkan rawatan di hospital.

    Kepada semua yang telah membantu, doa dari keluarga dan sahabat sehinggalah anda semua. Saya doakan segala doa yang dipanjatkan akan berbalik kepada anda semua dan keluarga dalam bentuk ihsan.

    Kongsinya lagi, dia percaya anak angkatnya itu keluar pada hari kejadian untuk mengeluarkan gaji bulanannya di mesin ATM sebelum menyedekahkan wang tersebut kepadanya.

    Justeru, Rizalman memohon orang ramai agar terus menitipkan doa buat Umar yang kini masih menjalani pemantauan daripada pihak pakar.

    Sumber: Instagram @rizalman71

    The post Anak Angkat Rizalman Ibrahim Digilis Lori, Alami Komplikasi Organ Dalaman first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah