30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir Nepal: Keluarga masih mengharapkan berita 49 rakyat Malaysia

    Shopee Sale

    Keluarga 49 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir kilat dahsyat di sempadan Nepal-China masih menaruh harapan untuk mendapatkan berita mengenai lokasi dan keadaan keselamatan insan tersayang mereka.

    Mewakili keluarga yang terjejas, Solidariti Malaysia: Keluarga Dalam Harapan (MASFIH) hari ini merayu kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan supaya meningkatkan usaha mencari dan menyelamat serta memperkukuh penyelarasan dalam usaha mengesan rakyat Malaysia yang masih hilang.

    Wakil MASFIH Dr R. Manivanna berkata keluarga memahami keadaan sukar yang dihadapi agensi penyelamat, namun menegaskan setiap jam yang berlalu amat penting memandangkan telah lebih 72 jam sejak bencana itu melanda kawasan Rasuwagadhi.

    “Bagi keluarga, ini bukan sekadar situasi kehilangan orang tersayang tetapi setiap jam yang berlalu tanpa maklumat yang boleh dipercayai hanya menambahkan kebimbangan dan penderitaan mereka,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata keluarga terbabit memohon maklumat terkini secara berkala dan telus daripada Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Kathmandu serta Kedutaan Malaysia di Beijing mengenai status rakyat Malaysia yang hilang serta operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.

    Manivannan berkata pihaknya turut menggesa pegawai perhubungan khas dilantik untuk berkomunikasi secara langsung dengan wakil MASFIH, sekali gus membolehkan maklumat yang telah disahkan disampaikan dengan pantas dan konsisten kepada keluarga terjejas.

    “Langkah ini juga dapat mengurangkan beban ahli keluarga yang terpaksa menghubungi pelbagai agensi berulang kali bagi mendapatkan maklumat,” katanya.

    Manivannan berkata MASFIH menerima maklumat terutamanya mengenai perkembangan daripada pihak Nepal, namun hanya sedikit atau tiada maklumat secara langsung mengenai usaha mencari dan menyelamat daripada pihak Tibet/China.

    Beliau berkata perkara ini yang menjadi kebimbangan memandangkan sesetengah rakyat Malaysia yang hilang mungkin berada berhampiran kawasan imigresen dan kastam China, terperanangkap dalam banjir ketika menyeberangi sempadan atau telah melepasi pemeriksaan imigresen dan dalam perjalanan menuju ke Gyirong/Kerung.

    MENARIK:  Kes Daim: SPRM kenal pasti aset lebih RM3 bilion di luar negara

    “Keluarga tidak sepatutnya dibiarkan bergantung kepada maklumat yang tidak lengkap daripada sumber tidak rasmi untuk mengetahui sama ada orang tersayang mereka telah ditemui,” katanya.

    Manivannan berkata MASFIH juga merayu kerajaan Malaysia agar menggunakan segala saluran diplomatik yang ada dengan Nepal dan China bagi mendapatkan kebenaran untuk pasukan mencari dan menyelamat Malaysia serta pihak yang berkepakaran khusus membantu operasi pencarian.

    Beliau berkata rakyat Malaysia yang masih hilang terdiri daripada tiga kumpulan, iaitu 23 rakyat Malaysia dan tiga warga Singapura yang melancong bersama Leaf Holiday, sembilan rakyat Malaysia bersama Dream Tibet Travel & Tours dan 17 rakyat Malaysia bersama Fishtail Tours & Travels.

    Manivannan berkata MASFIH turut mengenal pasti percanggahan dalam rekod rasmi individu yang hilang, khususnya membabitkan sembilan rakyat Malaysia yang melancong bersama Dream Tibet Travel & Tours, yang tidak disenaraikan dalam Kemas Kini Situasi 2 Lembaga Pelancongan Nepal bertarikh 26 Ogos.

    “Kami memohon kerajaan Malaysia membangkitkan percanggahan rekod ini kepada pihak berkuasa Nepal dan mendapatkan pengesahan serta penyelarasan segera terhadap rekod rasmi individu yang hilang,” katanya.

    Beliau berkata MASFIH telah dihubungi oleh Wisma Putra awal hari ini bagi mengadakan pertemuan dengan keluarga dan wakil mereka esok untuk membincangkan situasi serta perkembangan terkini.

    “Kami tidak mahu mencari konfrontasi, sebaliknya kami mahukan jawapan, penyelarasan dan tindakan... di sebalik setiap nama dalam senarai individu yang hilang, ada sebuah keluarga yang menanti kepulangan mereka,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah