26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah

    Shopee Sale

    Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menitahkan seorang pengguna media supaya menghormati Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

    Pengguna media sosial yang menggunakan akaun ’samdoria’ menulis ”Respect lagi Tan Sri Muhyiddin” ketika mengulas komen dalam hantaran Facebook Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail yang meluahkan rasa menzahirkan kecewa dan terkilan dengan ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin ketika berkempen sempena pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri baru-baru ini.

    “Tolong respek (hormat) suami saya raja saya,” tulis Tunku Azizah Aminah ketika membalas komen berkenaan.

    Muhyiddin dikatakan menyentuh kewibawaan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ketika ceramah umum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Nenggiri di Felda Perasu pada 15 Ogos lalu.

    Sebelum ini, tular ucapan Muhyiddin ketika berkempen di DUN Nenggiri yang mendakwa dia sudah mendapat 115 sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

    Katanya, sokongan itu membolehkan dirinya diangkat sebagai perdana menteri namun tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.

    MENARIK:  Saifuddin: Mentega Terbang promosi murtad, jejas ketenteraman awam

    Ceramah oleh  Muhyiddin Yassin itu didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R merujuk raja, agama dan kaum dalam kempen politik.

    Susulan itu pada Wan Rosdy, semalam, menggesa pihak berkuasa supaya segera bertindak ke atas Muhyiddin yang didakwa biadab terhadap Sultan Pahang.

    Naib Presiden Umno itu berkata, tindakan terhadap Muhyiddin penting sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua pihak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah