33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tol Genting Highlands bermula Khamis, 28 Mei ini

    Shopee Sale

    Kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands di Pahang akan dikenakan bayaran tol bermula Khami ini, menurut notis yang dikeluarkan oleh syarikat yang mengendalikan jalan persendirian untuk Genting Malaysia Berhad.

    Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCS) berkata kereta dan van di bawah Kategori 1 akan dikenakan bayaran RM5 bagi setiap kemasukan; lori sederhana (Kategori 2, RM15); lori berat (Kategori 3, RM25); manakala teksi dan bas masing-masing akan membayar RM3.30 dan RM5 bagi setiap kemasukan.

    “Semua pengguna jalan raya yang dibenarkan, selain daripada kategori dikecualikan yang disenaraikan, dikehendaki membayar caj jalan raya yang berkenaan semasa masuk ke Jalan Genting Highlands berkuat kuasa 28 Mei.

    “Bayaran itu akan dikutip di laluan masuk Genting Highlands di Genting Sempah dan laluan masuk Gohtong Jaya di bulatan Gohtong Jaya,” petik kenyataan itu.

    LCS berkata kenderaan kecemasan, motosikal dan kenderaan yang digunakan oleh penjawat awam yang bekerja di institusi kerajaan di Genting Highlands dikecualikan daripada bayaran.

    MENARIK:  Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT

    Bagaimanapun mereka dikehendaki menggunakan lorong khas atau lorong pengecaman nombor pendaftaran kenderaan.

    Bagi penduduk tetap Genting Highlands, mereka boleh memilih untuk membayar kadar keutamaan bagi setiap kemasukan, iaitu 10 peratus lebih rendah daripada pengguna biasa, atau melalui pas bermusim.

    “Berkuat kuasa 28 Jun pula, LCSB akan mendaftarkan sehingga dua kenderaan Kelas 1 (kenderaan berdaftar) bagi penduduk tetap Genting Highlands yang layak, yang akan menikmati kadar keutamaan 10 peratus lebih rendah daripada kadar biasa bagi setiap kemasukan dengan menggunakan lorong LPR atau Lorong Khas.

    “Kenderaan berdaftar tidak akan dikenakan sebarang caj sebelum 28 Jun,” kata LCS.

    Menurut syarikat itu lagi, ia akan memperkenalkan pas bermusim selama enam bulan untuk penduduk tetap yang berdaftar. Pas bermusim itu akan memberi kelayakan kepada pemegang untuk kemasukan tanpa had ke Jalan Genting Highlands sepanjang tempoh sahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah