28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Khabar Angin Bakal Bercerai, Song Joong Ki & Isteri Kunci Mulut

    Shopee Sale

    Nama pelakon Korea Selatan, Song Joong Ki menjadi bualan hangat di media sosial selepas timbul dakwaan kononnya rumah tangganya bersama isteri, Katie Louise Saunders sudah berakhir.

    Artikel Berkaitan: Song Joong Ki & Isteri Timang Anak Kedua!

    Artikel Berkaitan: Song Joong-Ki & Katy Tak Kahwin Mac Depan

    Song Joong Ki kunci mulut

    Khabar angin itu mula tular selepas beberapa saluran YouTube dan komuniti dalam talian yang memuat naik video dengan tajuk sensasi yang memberi gambaran seolah-olah pasangan itu sudah bercerai.

    Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Song Joong Ki mahupun agensinya berhubung dakwaan tersebut. 

    MENARIK:  [VIDEO] 3 Pagi Era Tak Sangka Terima Sokongan Masyarakat – ‘Ramai Rakyat Malaysia Baik Hati Tak Kira Agama & Bangsa’

    Malah, tiada laporan daripada media yang dipercayai mengesahkan berita berkenaan.

    Terdahulu, Song Joong Ki dan Katie baru-baru ini dilihat tampil bersama di khalayak buat pertama kali sejak mendirikan rumah tangga pada 2023.

    Pasangan itu menghadiri konsert Gaon Soloists’ 7th Regular Concert “Children’s Scenes” di Pusat Seni Seoul pada April lalu.

    Untuk info, Song Joong Ki dan Katie mendirikan rumah tangga pada 2023 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    Sumber: Chosun

    The post Tular Khabar Angin Bakal Bercerai, Song Joong Ki & Isteri Kunci Mulut first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah