24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada musuh, tak pinjam along: Pengkritik bola bingung kenapa diserang

    Shopee Sale

    Pengkritik bola sepak yang cedera parah akibat dipukul pihak tidak dikenali di Petaling Jaya, Sabtu lalu masih bingung kenapa dia menjadi sasaran.

    "Saya tiada permusuhan dengan sesiapa," Azizurrahman Zakaria dipetik sebagai berkata kepada BH.

    Bagaimanapun, dedahnya, ketika diserang dia dituduh dengan dakwaan mencuri.

    "Dia cakap 'ini orang curi, ini orang curi' dan saya tanya balik 'curi apa?', tetapi mereka terus beredar," katanya yang lebih dikenali sebagai Joe Zakaria.

    Semalam, Azizurrahman dilapor patah tulang mata dan beberapa kecederaan lain selepas dipukul dua individu tidak dikenali yang memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara.

    Polis menerima laporan mengenai kejadian pada 7.56 malam hari yang sama, dan siasatan awal mendapati mangsa 40-an itu didatangi dua lelaki menaiki motosikal ketika ingin mengisi angin tayar keretanya.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Shamsudin Mamat berkata motif kejadian masih disiasat dan suspek sedang diburu.

    Shamsudin berkata kes yang tular di media sosial itu disiasat bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menyebabkan cedera parah.

    Diterajang hingga terduduk

    Rakaman kejadian menunjukkan Azizurrahman ditumbuk dan diterajang sehingga terduduk, sebelum orang awam cuba meleraikan serangan.

    Azizurrahman yang mengendalikan saluran YouTube Joe Zakaria (YTSK), menghasilkan kandungan berkaitan jersi dan kasut bola serta berkongsi pandangan mengenai bola sepak tempatan.

    MENARIK:  ‘Cadangan elaun pelajar tingkatan 6 dibawa dalam Belanjawan 2025’

    Saluran itu mempunyai lebih 10,000 pengikut.

    Sementara itu, Azizurrahman mendedahkan, ketika seorang lelaki menyerangnya, seorang lagi merakam tindakan itu.

    Ditanya sama ada serangan mempunyai kaitan dengan ulasannya mengenai bola sepak, Azizurrahman tidak pasti dan malah tidak mengesyaki mana-mana pihak.

    "Saya tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan sesiapa, tidak berhutang dengan along, tidak mengganggu isteri orang atau mempunyai masalah samseng jalan raya.

    "Laporan polis sudah dibuat, jadi saya serahkan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

    Azizurrahman semakin pulih namun masih sukar bercakap kerana rahangnya bengkak.

    Bukan insiden pertama

    Ini bukan insiden keganasan pertama dalam dunia sukan tanah air. Pada 2023, seorang wartawan Harian Metro dikepung dan dipukul sekumpulan penyokong selepas perlawanan separuh akhir Piala FA antara Johor Darul Ta'zim dan Selangor FC.

    Serangan asid pada Faisal Halim

    Pada November 2025 pula, wartawan sukan veteran Haresh Deol diserang beberapa lelaki di Bangsar, Kuala Lumpur.

    Penyerang itu juga merakam tindakan mereka.

    Selain itu, terdapat juga pemain bola sepak terkenal diserang sehingga mendatangkan kecacatan kekal pada tubuh dan wajahnya seperti terjadi pada pemain Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah