25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada elektrik, bekas guru berhabis RM50,000 beli generator di Felda Perasu

    Shopee Sale

    Bekas guru terpaksa membeli generator sehingga mencecah RM50,000 untuk mendapatkan bekalan elektrik di kediamannya di Felda Perasu, Gua Musang di Kelantan.

    Anak kepada peneroka yang juga generasi kedua di Felda Perasu itu terpaksa berbuat demikian kerana permohonannya untuk mendapat bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan rumahnya gagal.

    Marlida Mat Dan, 40 berkata sudah lebih dua tahun keluarganya terpaksa menggunakan generator kerana tidak mendapat bekalan elektrik TNB.

    "Selama lebih dua tahun lalu selepas saya balik ke kampung untuk menjaga kedua orang tua, saya terpaksa menggunakan generator.

    "Tiap-tiap bulan perlu berhabis sekitar RM1,500 untuk diesel bagi menghidupkan generator. Satu tong diesel sekitar RM70.

    “Saya kena pasang lampu solar, guna generator yang dibeli sendiri di mana mesin generator yang besar bernilai RM30,000 dan generator kecil tiga biji anggaran dalam RM12,000 jadi jumlah keseluruhan mencecah RM50,000," katanya ketika ditemui media di kediamannya.

    Menjelaskan kesulitannya itu, Marlida menjelaskan dia juga terpaksa menghadkan pengunaan mesin basuh untuk mencuci pakaian.

    "Saya biasanya akan basuh pakaian tiga hari sekali, terpaksa buat begitu," katanya lagi.

    Menceritakan lebih lanjut Marlida berkata, dia juga pernah berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan diesel.

    Stesen minyak tidak membenarkan dia membeli diesel kerana khuatir akan disalahgunakan olehnya.

    Ditanya mengenai punca pihak TNB tidak dapat membuat pemasangan elektrik, Marlida memaklumkan ia disebabkan pihak pengurusan Felda tidak mengeluarkan surat kebenaran bagi tujuan berkenaan.

    MENARIK:  Pemuda PAS dakwa kerajaan abai buli siber terhadap pempengaruh PN

    Ini kerana status tanah tapak rumah yang dibinanya bernilai RM300,000 masih lagi hak milik Felda.

    "Saya merayu tolong permudah urusan saya, jangan buat saya macam anak tiri sedangkan saya anak peneroka Felda.

    "Tapak tanah ini kami bayar deposit dan resit ada, bukti tanah ini bukan kita ambil peneroka lain punya, malah saya sudah beberapa kali turun naik pejabat Felda, pejabat tanah dan TNB,” katanya lagi.

    Penghulu Mukim Felda Perasu, Mohd Arif Ariffin,46 mengakui akan permasalahan itu yang membelenggu sebahagian penduduk Felda Perasu terutamanya generasi kedua yang mahu membina rumah.

    “Bukan rumah Marlida sahaja tak ada elektrik, sebelum ini ada beberapa penduduk yang telah siap bina rumah tapi tak dapat duduk sebab elektrik tak ada, tapi bekalan air boleh masuk.

    "Sebenarnya ramai generasi kedua nak bina rumah, saya harap pihak pengurusan terlibat mempermudah urusan penduduk di sini," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah