28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai pengerusi Mara disambung 2 tahun

    Shopee Sale

    Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

    Asyraf Wajdi dalam hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan, beliau menerima watikah lantikan itu daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi ini.

    Beliau berkata Ahmad Zahid turut mengingatkan bahawa MARA merupakan institusi penting bagi orang Melayu dan bumiputera yang perlu diperkasakan untuk terus memartabatkan agenda pendidikan serta ekonomi golongan itu.

    MENARIK:  Tujuh rumah di Taman Semilang musnah dijilat api

    “Insya-Allah, tanggungjawab yang digalas ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah SWT di akhirat kelak.

    "Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini," katanya.

    Asyraf Wajdi, yang juga Setiausaha Agung UMNO dilantik sebagai Pengerusi MARA pada Mac 2023 bagi menggantikan Datuk Azizah Mohd Dun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah