28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tujuh rumah di Taman Semilang musnah dijilat api

    Shopee Sale

    Sebanyak tujuh rumah sederet terbakar dalam kejadian di Taman Semilang, Seberang Jaya malam tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 7.19 malam.

    "Apabila jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai tiba di lokasi, sebanyak tujuh rumah kluster jenis dua tingkat berkeluasan 56 meter persegi terbakar dan api sedang marak.

    "Pihak bomba menjalankan kerja pemadaman bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain dalam tempoh 10 minit dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.07 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  ULASAN | Kebenaran rasmi untuk pensyarah bersuara satu lonjakan besar

    Jurucakap itu berkata kebakaran terbabit menyebabkan tujuh keluarga hilang tempat tinggal, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

    Pemeriksaan pihak bomba mendapati setiap rumah terbakar anggaran 50 hingga 70 peratus dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah