28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-Kanak Dua Tahun Maut, Bedah Siasat Dedah 21 Tulang Patah & 97 Kecederaan Tisu

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut akibat kecederaan parah selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh ibu kandung dan teman lelakinya di Thornaby, England.

    Maut didera ibu kandung, kekasih

    Mangsa, Isabelle Rose Welsh, meninggal dunia pada 14 September tahun lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumah mereka. Bedah siasat mendedahkan mangsa mengalami 21 tulang patah di beberapa bahagian badan, 97 kecederaan tisu lembut serta tanda-tanda serangan seksual.

    Ibu mangsa, Alexandra Walker, 25, dan teman lelakinya, Harrison Simpson, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh, melakukan serangan seksual, menyebabkan atau membiarkan kematian serta pengabaian kanak-kanak.

    Menurut pihak pendakwaan, beberapa petanda awal sebenarnya telah wujud sebelum kematian Isabelle. Sebelas hari sebelum tragedi, mangsa dibawa ke hospital kerana mengalami patah kaki, namun dibenarkan pulang selepas berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan pasukan perubatan mengenai punca kecederaan tersebut. 

    Empat hari sebelum kematiannya pula, seorang pelawat kesihatan hanya membuat pemeriksaan melalui panggilan telefon dan merekodkan tiada kebimbangan terhadap keadaan mangsa.

    MENARIK:  Bidin Al Zaifa Dakwa Diganggu Makhluk Halus Ketika Penggambaran Filem Dajal – ‘Siapa Yang Duduk Di Bilik Sebelah?’

    Kepala mangsa cedera parah

    Pendakwa raya, Richard Wright KC, turut mendakwa Walker dan Simpson sering dibawah pengaruh alkohol serta dadah sehingga menyebabkan Isabelle terabai. 

    Walker juga didakwa pernah mengabaikan kecederaan anaknya selama beberapa minggu sebelum mendapatkan rawatan.

    Pada hari kejadian, paramedik menemui Isabelle terlantar tanpa denyutan nadi dan dipenuhi kesan lebam. Pihak pendakwaan percaya mangsa telah digoncang dengan kuat serta dihempas ke permukaan keras sehingga mengalami kecederaan kepala yang membawa maut.

    Rakaman CCTV dari kediaman pasangan itu turut menjadi antara bukti utama perbicaraan, yang didakwa menunjukkan perubahan pada keadaan fizikal dan tingkah laku Isabelle sebelum kematiannya.

    Perbicaraan kes tersebut kini masih berlangsung di Mahkamah Teesside Crown.

    Sumber: The Sun

    The post Kanak-Kanak Dua Tahun Maut, Bedah Siasat Dedah 21 Tulang Patah & 97 Kecederaan Tisu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah