28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Mahu Teruskan Perkahwinan, Wanita Bersekongkol Dengan Skandal Tolak Bakal Suami Ke Dalam Gaung

    Shopee Sale

    Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa merancang pembunuhan tunangnya, Ketan Vishal Agarwal, 26, yang maut selepas terjatuh hampir 400 kaki ke dalam gaung di Kubu Lohagad, Maharashtra pada 18 Jun lalu.

    Artikel Berkaitan: Tak Jatuh Dari Bot Tapi Dibunuh? Kes Kematian Tangmo Nida Kembali Hangat, Wujud Dakwaan Pemalsuan Bukti

    Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Anak 5 Tahun, Ketawa Saat Disoal Siasat

    Rancang pembunuhan bakal suami

    Pada awalnya, tunang mangsa iaitu Siya Goyal, memaklumkan kepada polis bahawa Ketan tergelincir ketika mereka bersiar-siar di kawasan kubu berkenaan.

    Ketan, yang merupakan pengarah syarikat hartanah milik keluarganya, dijadualkan berkahwin dengan Siya pada November depan selepas mengumumkan pertunangan mereka pada Februari lalu. Kedua-dua keluarga turut dilaporkan telah menempah sebuah dewan mewah di Udaipur untuk majlis perkahwinan tersebut.

    Difahamkan, sebelum kejadian, pasport Ketan dilaporkan hilang secara misteri ketika berada di dalam kereta, menyebabkan rancangan sesi fotografi praperkahwinan di Bali bersama Siya terpaksa dibatalkan. 

    Siya kemudian mengajak mangsa menyambut pra-hari lahirnya di kubu berkenaan pada 18 Jun. Beberapa jam selepas Ketan keluar rumah, keluarganya menerima panggilan daripada ibu Siya yang memaklumkan mangsa terjatuh ke dalam gaung. 

    MENARIK:  Marsha Milan Bakal Terbang Ke China, Bawa Budaya Sabah Ke Pentas Antarabangsa

    Pada awalnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut selepas Siya mendakwa Ketan tergelincir akibat angin kencang ketika bergambar. Bagaimanapun, bapa mangsa mula curiga apabila Siya didakwa tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih ketika mayat Ketan dibawa keluar.

    Siasatan lanjut mendapati, Siya sebenarnya menjalin hubungan dengan seorang lagi lelaki, Chetan Babulal Chaudhary, 22, dan tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Ketan. 

    Kedua-duanya dipercayai berkomplot untuk menyingkirkan mangsa yang dianggap sebagai penghalang hubungan mereka.

    Menurut siasatan, Siya didakwa mengajak Ketan ke Kubu Lohagad sebelum Chetan turut hadir ke lokasi berkenaan. Mereka kemudian dipercayai menolak mangsa ke dalam gaung dan cuba menjadikan kejadian itu kelihatan seperti kemalangan.

    Pada Selasa, polis menahan Siya dan Chetan serta membuka siasatan susulan laporan yang dibuat oleh bapa mangsa, Vishal Agarwal. 

    Sumber: NDTV

    The post Tak Mahu Teruskan Perkahwinan, Wanita Bersekongkol Dengan Skandal Tolak Bakal Suami Ke Dalam Gaung first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah