28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahanan rumah Najib: 2 Mei dengar permohonan Zafrul sebagai pencelah

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai pencelah dalam tindakan undang-undang oleh bekas perdana menteri Najib Razak bagi menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

    Tengku Zafrul memohon sebagai pencelah supaya dia dibenarkan oleh mahkamah memfailkan afidavit bagi membetulkan dakwaan kesilapan fakta dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong permohonan semakan kehakiman oleh Najib.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam bekas menteri kewangan itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan bahawa hakim Amarjeet Singh menetapkan jam 2.30 petang untuk mendengar permohonan Tengku Zafrul.

    Peguam itu menambah mereka dimaklumkan oleh mahkamah mengenai tarikh perbicaraan itu melalui e-mel semalam.

    Dua minggu lalu, Zafrul mendakwa terdapat kesilapan fakta dalam afidavit Zahid yang menyokong usaha Najib supaya baki hukuman penjaranya digantikan dengan tahanan rumah.

    Peguam Zafrul berkata mereka mendapat arahan untuk memfailkan afidavit tersebut bagi menangani secara khusus perenggan 6 afidavit Zahid kerana 'ketidaktepatan fakta' yang dikatakan perlu diperbetulkan.

    Perenggan 6 merujuk kepada dakwaan Zahid bahawa semasa pertemuan dengan Zafrul pada 30 Jan, timbalan perdana menteri itu bukan sahaja dimaklumkan tentang kewujudan titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong malah menteri kabinet itu turut didakwa menunjukkan salinan titah itu di telefon pintarnya (Zafrul).

    MENARIK:  K'jaan anjur himpunan solidariti Palestin Ahad ini

    “Untuk rekod, kami selanjutnya diarahkan oleh anak guam kami untuk menyatakan bahawa anak guam kami tidak mengambil sebarang pendirian mengenai merit mengenai pertikaian antara pihak-pihak bertelagah.

    "Anak guam kami hanya ingin memastikan bahawa fakta-fakta diletakkan dengan tepat di depan mahkamah yang mulia ini secara berkecuali," kata pasukan guaman dari firma guaman Cecil Abraham and Partners.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah