27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek kes bunuh, rogol kanak-kanak Orang Asli direman 7 hari

    Shopee Sale

    Seorang remaja lelaki yang ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu direman selama tujuh hari bermula hari ini. 

    Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan selepas permohonan pihak polis dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini. 

    Mahkamah membenarkan reman hingga 25 Ogos bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Nuraina Humaira Rosli dilaporkan hilang pada 16 Ogos lepas sebelum ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli berkenaan petang semalam dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

    Namun, selepas keputusan awal bezah siasat diperoleh semalam yang mendapati mangsa meninggal dunia akibat tekanan di bahagian leher, polis mengklasifikasikan semula kepada kes bunuh.

    MENARIK:  Kerajaan mahu perkenal hukuman tahanan rumah

    Susulan itu, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang juga merupakan saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan pada 5 petang semalam.

    - Benama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah