27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Dakwa Sombong, Janna Nick Terima Teguran Dengan Hati Terbuka – ‘Saya Minta Maaf, Kalau Awak Tak Suka Saya Pun Tak Apa’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Janna Nick tampil memberi respon terhadap dakwaan seorang individu yang melabelnya sebagai seorang selebriti yang sombong.

    Artikel Berkaitan: Saya Bersiap Waktu Kerja, Di Luar Saya Selekeh & Tak Glamor’ – Janna Nick Nafi Sombong, Akui ‘Insecure’

    Individu dakwa Janna Nick sombong

    Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan mendakwa pernah mempunyai pengalaman kurang menyenangkan bersama Janna di dalam pesawat sekali gus melabel aktres itu seorang yang kurang sopan.

    Awak sombong sis. Awak pernah naik kapal saya lepas itu kena swap aircraft sebab ada technical problem. 

    Passengers lain semua faham, tapi awak merentan siap cakap nak saman company. Sejak itu, maaf cakap memang tak suka awak dan awak memang certified sombong.

    Susulan daripada itu, Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, 31, tampil memohon maaf kepada individu berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Suami Bagi Elaun Itu Bonus’ – Intan Najwa Nasihat Wanita Supaya Ada Kewangan Sendiri

    Isteri kepada pelakon Dini Schatzmann ini juga mengakui dia menerima segala teguran dengan hati terbuka malah akan menjadikan pengajaran supaya dapat memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.

    Saya minta maaf kalau pengalaman awak berjumpa saya tidak okey. Apa yang awak rasa itu valid dan kalau awak tak suka saya pun tak apa. 

    Saya terima dengan hati terbuka. Semoga saya ambil pengalaman awak ini sebagai langkah untuk jadi lebih baik.

    Sumber: Threads

    The post Individu Dakwa Sombong, Janna Nick Terima Teguran Dengan Hati Terbuka – ‘Saya Minta Maaf, Kalau Awak Tak Suka Saya Pun Tak Apa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah