Nama usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bella sekali lagi menjadi perhatian apabila dia menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Harga Beg MUA Bellaz RM200 Tidak Mahal’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Kongsi Keadaan Rumah Dinaiki Air, Suami Alih Lamborghini Redah Banjir
Open House MUA Bellaz
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, majlis tersebut berlangsung secara besar-besaran dengan banyak khemah didirikan di kawasan penganjuran bagi menampung kehadiran tetamu yang ramai.
Namun apa yang mencuri perhatian, Bellaz atau nama lengkapnya Nur Nabila Zulyadaini bukan sahaja menjemput ahli keluarga serta rakan terdekat, malah turut membuka pintu kepada orang kampung dan para pengikut setianya yang selama ini menyokong perjalanan kerjayanya.
Menerusi ruangan kapsyen, Bellaz meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut.
Alhamdulillah nak nangis tengok suasana rumah terbuka saya dan suami, Nat Nuart. Terharu sangat macam tak percaya sampai sekarang.
Terima kasih untuk para semua tetamu orang kampung, family rakan-rakan, followers saya yang hadir.
Ampun dan maaf andai ada terkurang dan terlepas invite. Insyallah ada rezeki tahun depan insyallah bellaz buat lagi.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji sikap rendah diri Bellaz serta keprihatinannya dalam menghargai orang ramai.
Komen

Sumber: Instagram MUA Bellaz
The post [VIDEO] MUA Bellaz Jemput Orang Kampung & Followers Ke Rumah Terbuka, Netizen Kagum – ‘Hebat Rezeki Allah Bagi’ first appeared on OHBULAN!.





