27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asia Tenggara beralih ke tanaga boleh baru, IEA beri amaran kenaikan harga bahan api

    Shopee Sale

    Ekonomi Asia Tenggara kini sedang mempercepatkan pelan tenaga boleh baharu memandangkan jaminan tenaga berasaskan bahan api fosil di rantau ini berdepan cabaran hebat susulan krisis tenaga global.

    Isyarat kuat menunjukkan dasar tenaga serantau kini beralih kepada tenaga hijau ketika rantaian bekalan minyak dan gas terganggu akibat pergolakan ketenteraan yang berterusan di Asia Barat.

    Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Fatih Birol pada Jumaat menyifatkan krisis bahan api yang sedang berlaku sebagai "ancaman keselamatan tenaga terbesar dalam sejarah".

    “Namun, tiada kapal tangki baharu yang dimuatkan pada Mac. Tiada penghantaran baharu minyak, gas atau bahan api ke pasaran Asia.

    “Jurang ini kini mula kelihatan. Jika Selat Hormuz tidak dibuka semula, kita perlu bersedia untuk menghadapi harga tenaga yang jauh lebih tinggi,” kata Birol, lapor media antarabangsa.

    Kerajaan di seluruh rantau ini Filipina, Kemboja, Laos dan Vietnam - yang sangat bergantung kepada bahan api import sedang mempergiat infrastruktur tenaga boleh baharu masing-masing.

    Jabatan Tenaga Filipina, yang mengimport sebahagian besar bahan apinya dari Asia Barat, sedang mempercepatkan 22 projek tenaga boleh baharu, termasuk kemudahan penyimpanan bahan api.

    Ia merangkumi 12 projek solar, enam loji hidro-elektrik, dua kemudahan biojisim, satu projek angin dan satu sistem tenaga boleh baharu bersepadu, lapor Agensi Berita Filipina pada Jumaat.

    Pada awal April, Kemboja melancarkan empangan hidro-elektrik simpanan pam bernilai US$1 bilion (RM3.95 bilion) dengan kapasiti 1,000 megawatt di wilayah Koh Kong.

    Bagi merangsang agenda tenaga hijaunya, Majlis Pembangunan Kemboja meluluskan pelaburan US$200 juta (RM791 juta) pada Februari untuk membina loji kuasa angin 150 megawatt di wilayah utara Mondulkiri.

    MENARIK:  ULASAN | Pembaharuan semula bandar: Kita mesti belajar dari sejarah

    Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada penjanaan kuasa di negara itu kini diperoleh daripada sumber boleh baharu - terutamanya kuasa hidro, solar, angin dan biojisim. Kerajaan Kemboja menyasarkan untuk meningkatkan penggunaan tenaga bersih kepada 70 peratus menjelang 2030.

    Sementara itu, wilayah tengah Vietnam, Gia Lai, pada Jumaat meluluskan pelaburan bernilai US$190 juta (RM751 juta) untuk tiga loji janakuasa suria dan satu projek ladang angin.

    Projek-projek itu disasarkan untuk membekalkan tenaga boleh baharu ke grid nasional menjelang akhir 2028.

    Di Myanmar, Loji Janakuasa Solar Shwe Myoh yang terletak di Nay Pyi Taw dijangka menjana elektrik pada Jun tahun ini, lapor media rasmi The Global New Light of Myanmar.

    Penganalisis Hubungan Antarabangsa Global Asia Consulting yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Dr Zokhri Idris memberitahu Bernama bahawa kerajaan sepatutnya menerima pakai agenda tenaga boleh baharu beberapa tahun lepas sebelum krisis sebenar melanda.

    Malah, ASEAN telah menyediakan pelbagai rangka kerja untuk mengurus keselamatan tenaga. Sebagai contoh, Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN 1986 (APSA), Grid Kuasa ASEAN (APG) dan Paip Gas Trans-ASEAN (TAGP), katanya.

    “Tetapi negara-negara berkenaan, terutamanya negara membangun dan kurang membangun sedang bergelut untuk memenuhi sasaran kerana mereka berdepan isu lain yang lebih mendesak.

    “Filipina akan mempercepatkan pemformalan APSA tahun ini memandangkan negara itu terjejas teruk dan darurat tenaga telah diisytiharkan. Dalam jangka sederhana, saya menjangkakan negara-negara ASEAN akan memudah cara APSA, APG dan TAGP dengan lebih serius,” kata Zokhri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah