27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    1,000 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan

    Shopee Sale

    Kebakaran di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan awal pagi tadi, memusnahkan 1,000 rumah.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata kebakaran melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar dan keadaan laut surut menyukarkan usaha mendapatkan bekalan air terbuka bagi operasi pemadaman.

    “Operasi menggunakan sumber air daripada pengangkut air, pili bertekanan milik Kilang IOI serta air laut. Pasukan bomba menggunakan empat aliran hos sepanjang 1,000 kaki serta 12 pancutan air bagi pemadaman api.

    “Jentera Fire Rescue Tender (FRT) BBP Kinabatangan turut membantu operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos sepanjang 400 kaki dengan empat pancutan air,” katanya dalam kenyataan di Sandakan.

    Jimmy berkata operasi pemadaman kebakaran tamat pada 12 tengah hari tadi dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.32 pagi.

    MENARIK:  Zafrul letak jawatan tak jejas hubungan Umno, PKR - Jo Ghani

    Sementara itu Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Walter Kenson berkata sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, iaitu di Sekolah Kebangsaan Gas pada 11 pagi, selepas PPS Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi pada 7 pagi tadi.

    Walter berkata PPS dibuka setelah pemeriksaan kawasan dan rumah penduduk terjejas didapati tidak selamat untuk didiami, selain pihaknya telah mengeluarkan pengisytiharan bencana kebakaran di daerah itu susulan kejadian tersebut.

    Maklumat tidak rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menunjukkan setakat 10.30 pagi, PPS Dewan PPR Batu Sapi merekodkan pendaftaran 143 ketua isi rumah membabitkan 661 mangsa.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih menjalankan proses pendaftaran mangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah