27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    9,007 penduduk terjejas kebakaran di Sandakan – Polis

    Shopee Sale

    Sebanyak 9,007 penduduk terjejas dalam kebakaran besar rumah atas air Kampung Bahagia di Sandakan awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 1.30 pagi, sebelum lokasi berkenaan diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada 4 pagi.

    “Kawasan ini menempatkan lebih kurang 1,200 rumah dan jumlah yang terkesan ialah kira-kira 1,000 rumah melibatkan 9,007 mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

    George berkata pihak berkuasa kini giat membantu menyelaras pendaftaran mangsa bagi tujuan pemindahan dan pengagihan bantuan.

    MENARIK:  Amir bakal tahu status kes mahkamah Jumaat ini

    Beliau juga menyangkal dakwaan tular di media sosial kononnya kebakaran itu meragut nyawa.

    “Saya tegaskan setakat ini, saya tidak menerima apa-apa laporan kemalangan jiwa. Apa yang berlaku, mungkin cedera semasa menyelamatkan harta benda atau membantu rakan yang lain,” katanya.

    George berkata operasi menyelaras pengurusan bencana digerakkan bersama-sama agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaku komander insiden serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

    Beliau berkata punca sebenar kejadian kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah