31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lagu Top 20 AJL40 Separuh Akhir Mempunyai Jarak Markah Yang Sangat Tipis’ – Ketua Juri

    Shopee Sale

    Pemilihan lagu ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bukan hanya tertumpu pada kekuatan nyanyian, tetapi lebih kepada kualiti keseluruhan sesebuah karya.

    Artikel Berkaitan: Wani Kayrie, Ryenald Guntabid & KOI Antara 10 Lagu Mara Ke AJL40

    Artikel Berkaitan: Perjuangan 16 Tahun Berbaloi, Wani Kayrie Sebak ‘Cak Cak Cekuk’ Ke Pentas AJL40 – ‘Terima Kasih Semua Viralkan Lagu Ini’

    Kriteria pemilihan 10 lagu terbaik

    Ketua juri AJL40 Separuh Akhir (SA), Datuk Acis, berkata lagu yang mempunyai identiti tersendiri dan kelainan lebih mudah menarik perhatian juri. 

    Sebenarnya ada 30 lagu, kemudian ada ‘pre-judging’ dan kita kecilkan kepada 20 lagu. Lagu seperti Cak Cak Cekuk, Ke Mana Ni dan Tiwikarma, berbeza. 

    Ia betul-betul menyerlah dan sangat mudah untuk kami  beri markah lebih sikit sebab memang berbeza. Kita tak boleh nak mencari juara yang sama melodinya. Ini sangat berbeza dan sangat segar.

    Ditanya mengenai aspek vokal, Acis turut memaklumkan bahawa ianya menyumbang sebahagian kecil dalam pemarkahan kerana fokus utama AJL adalah pada kekuatan lagu itu sendiri.

    Vokal hanya 10 peratus. Ini Anugerah Juara Lagu, jadi penilaian lebih kepada komposisi; lirik dan produksi. 

    Nyanyian itu sebahagian kecil sahaja. Sudah tentu, kami melihat persembahan secara langsung kerana ini pentas akhir ada Vokal Terbaik, ramai penyanyi yang tampil memang ‘powerhouse’.

    Dalam masa sama, Acis memaklumkan persaingan dalam kalangan 20 lagu terbaik sangat sengit, dengan perbezaan markah yang cukup tipis antara satu sama lain.

    Kriteria yang kita bincangkan adalah seperti kompisi, susunan muzik, produksi, lirik dan melodi. Tapi yang paling penting, lagu Top 20 ini, mempunyai  jarak markah yang sangat tipis.

    Jadi ia adalah satu persaingan yang sengit antara 20 lagu ini. Yang layak ini memang rezeki. 

    Antara nombor 1 dengan nombor 10 pun jarak dia dalam tujuh markah, lapan markah saja. Jadi ini adalah terbaik mana yang kita sebagai juri boleh berikan. 

    Alhamdulillah saya rasa semua orang berpuas hati. Memang akan ada orang yang tidak berpuas hati tapi ini adalah adat pertandingan ya. Ini yang terbaik yang kita boleh buat. 

    Mengulas mengenai pengaruh tular di media sosial, Acis menegaskan bahawa elemen tersebut bukanlah faktor utama dalam menentukan pemilihan ke peringkat akhir, sebaliknya keutamaan tetap diberikan kepada kualiti dan keunikan sesebuah lagu.

    Kami tidak memilih lagu ke peringkat akhir hanya kerana ia viral. Kami memilih kerana lagu itu sangat berbeza. 

    Kami mahukan Juara Lagu yang akan diingat 20 tahun akan datang. Viral selalunya sementara. Kami mahukan lagu yang ‘evergreen’ dan ‘memorable’.

    Juri profesional yang mengadili separuh akhir kali ini diketuai oleh Dato Acis dengan LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis.

    MENARIK:  Eyra Hazali Hamil Anak Ketiga, Dedah Tak Ada Rezeki Dapat Kembar – ‘Rupanya Dua Tapi Satu Tak Jadi’

    Untuk info, 10 lagu yang berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) adalah Tiwikarma (K.O.I), Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid), Kamu (Aina Abdul), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Tak Adil (Aisha Retno), Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik), Nurcinta (Amir Masdi), Lemah (Dayang Nurfaizah), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan) dan Semacam Pandora (Hazama).

    The post ‘Lagu Top 20 AJL40 Separuh Akhir Mempunyai Jarak Markah Yang Sangat Tipis’ – Ketua Juri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah