32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Quranik Madani’ Inisiatif Terbaharu PU Riz, Kelas Al-Quran Percuma Untuk Rakyat Malaysia

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas terkenal, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz tampil dengan satu inisiatif baharu berskala nasional menerusi pengenalan program Quranik Madani.

    Program tersebut merupakan kelas pengajian al-Quran percuma yang terbuka kepada masyarakat Islam di seluruh Malaysia, sekali gus memberi peluang kepada semua lapisan untuk mendalami ilmu agama tanpa sebarang kekangan.

    Artikel Berkaitan: Neelofa & PU Riz Jawab Dakwaan Bayaran Kelas Agama Harga ‘Kayangan’ – ‘Kami Buat Di Hotel 5 Bintang, Makanan Mewah & Ada Goodies Bag’

    Artikel Berkaitan: Neelofa Dalam Usaha Hafal 70 Doa Nabi – ‘Nak Ingat, Lancar Baca Menjelang Disember’

    PU Riz mahu hidupkan budaya membaca

    Menurut PU Riz, inisiatif berkenaan tercetus daripada hasratnya untuk melihat lebih ramai umat Islam, khususnya golongan muda, bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi turut mahir membaca al-Quran sebagai bekalan dunia dan akhirat.

    PU Riz berkata, usaha ini berlandaskan sabda Nabi SAW yang menyatakan bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

    Tidak ada seorang pun dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang tidak menyukai kebaikan ini. Sebaik-baik manusia, kata Nabi SAW, adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

    Jadi hari ini, kita mulakan satu inisiatif untuk menghidupkan kembali budaya membaca dan memahami al-Quran.

    Menerusi Quranik Madani, beberapa komponen utama diperkenalkan termasuk program hafazan awal dikenali sebagai Salat Satizah Quranik Madani yang memberi fokus kepada kanak-kanak seawal usia tiga hingga sembilan tahun.

    MENARIK:  Flat Lama Uzur? Projek Terbengkalai? Inilah Sebab Kenapa PSB Jadi Jalan Keluar Untuk Rakyat Bandar

    Pendekatan ini dilihat mampu membina asas kukuh dalam hafazan dan bacaan al-Quran sejak usia muda.

    Dalam masa sama, golongan dewasa yang mempunyai kekangan masa turut tidak dipinggirkan apabila program ini menawarkan kelas pengajian secara percuma, sekali gus memastikan lebih ramai berpeluang mendalami kitab suci tersebut.

    Beri sijil profesional

    View this post on Instagram

    A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

    Selain itu, Quranik Madani turut membuka ruang kepada golongan asatizah untuk meningkatkan profesionalisme menerusi program Pensijilan Profesional yang bakal memberi pengiktirafan kepada tenaga pengajar al-Quran.

    Kita juga memperkenalkan pensijilan profesional kepada ustaz-ustaz yang ingin bersama-sama dengan kita.

    Dengan pengiktirafan ini, mereka bukan sahaja boleh mengajar di peringkat komuniti seperti kampung dan masjid, tetapi berpeluang melangkah ke peringkat global, insyaAllah, dengan adanya pengiktirafan MQA.

    Tambahnya lagi, pelaksanaan program ini akan dilakukan secara inklusif dengan pendekatan turun padang ke pelbagai lokasi di seluruh negara mengikut permintaan komuniti setempat.

    Bagi mereka yang nak sertai, atau mana-mana kawasan yang nak kami datang, insya-Allah kita akan pergi dan bawakan pengajian ini secara percuma. Ini adalah usaha bersama untuk mengangkat martabat al-Quran dalam kehidupan kita.

    Ingat, sesiapa yang mengangkat al-Quran, Allah SWT akan memuliakan dia di dunia dan juga di akhirat.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] ‘Quranik Madani’ Inisiatif Terbaharu PU Riz, Kelas Al-Quran Percuma Untuk Rakyat Malaysia first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah