25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek buli pelajar UPNM diheret ke mahkamah esok

    Shopee Sale

    Seorang suspek kes buli membabitkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata, ia selepas pihaknya melengkapkan siasatan kes dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

    "Arahan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta, jam sembilan  pagi esok," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

    Kes tersebut membabitkan seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM yang cedera parah dipijak penuntut senior.

    MENARIK:  Peguam: K'jaan hipokrit sebab masih biarkan himpunan aman disiasat

    Pada 10 Nov lepas, Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa yang berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga.

    Kejadian dilaporkan berlaku pada 10.45 malam 21 Okt lepas dan polis menerima laporan berkaitan insiden itu pada 8.40 malam 8 Nov lepas.

    Rusdi berkata, setakat hari ini seramai 16 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan kes tersebut.

    Bagaimanapun pihaknya tidak menyatakan berapa orang suspek yang akan didakwa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah