Seorang individu memuji pelakon, Mierul Aiman yang disifatkan mempunyai potensi besar untuk bergelar artis A-list pada masa hadapan.
Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Tersentuh Baca Nukilan Amir Ahnaf, Imbau Zaman Baru Nak Up – ‘Dia Seorang Yang Sweet’
Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Kongsi Pandangan Hubungan ‘Love Gap’, Lelaki Muda Dengan Wanita Berusia – ‘Saya Tak Anggap Salah’
Mierul Aiman professional
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan menyenaraikan beberapa faktor yang membuatkan Mierul atau nama lengkapnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, dilihat berbeza berbanding artis lain dalam generasinya.
Menurutnya, cara Mierul menjawab soalan ketika sesi temu bual sangat tersusun dan matang, selain bijak memilih tawaran lakonan.
Dalam masa sama, Mierul turut dipuji kerana sikapnya yang profesional dan mesra peminat, selain memiliki aura tersendiri yang membuatkan dirinya menonjol dalam industri hiburan.
Mierul Aiman adalah artis generasi baru yang ada potensi jadi A-lister. Hebatlah Hero Remaja boleh nampak kualiti dia dan angkat jadi juara.
Cara dia jawab interview sangat tersusun dan jawapan well thought out. Jauh beza dengan rakan-rakan satu generasi dengan dia.
Aku rasa dia pilih job yang dia nak ambil. Bukan main sauk je. Bakat, fan service dan cara dia bawa diri memang ada aura.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut memuji Mierul kerana tidak terpalit dengan sebarang kontroversi murahan yang boleh menjejaskan imejnya sebagai anak seni.
Menurutnya lagi, untuk bergelar artis A-list, seseorang bukan sahaja perlu berbakat, malah perlu mempunyai pengaruh besar serta imej yang baik di mata masyarakat.
Sumber: Threads
The post Mierul Aiman Dipuji Ada Aura Tersendiri, Netizen Yakin Mampu Bergelar ‘A-Lister’ – ‘Tak Ada Kontroversi Murahan’ first appeared on OHBULAN!.





