31.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM ambil keterangan Ismail Sabri lagi Khamis ini

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan Ismail Sabri Yaakob pada Khamis ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera terbabit dijangka hadir di ibu pejabat agensi antirasuah berkenaan di Putrajaya untuk memberi keterangan pada jam 10 pagi.

    Azam berkata sijil cuti sakit Ismail Sabri akan berakhir esok.

    "Beliau (Ismail Sabri akan) hadir untuk dirakam percakapan berdasarkan siasatan sedang dijalankan dan saksi-saksi tambahan (juga) akan dipanggil dalam tempoh terdekat secara berperingkat ke pejabat SPRM untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan," katanya.

    Azam berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama di antara SPRM dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan majlis berbuka puasa di Kota Kinabalu hari ini.

    Pada majlis itu, SPRM diwakili Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy manakala DBKK diwakili Datuk Bandar Kota Kinabalu Dr Sabin Samitah.

    MENARIK:  Nasihat PSM buat Vijay: Jangan ulangi kesilapan Anwar, PH

    Sumber SPRM hari ini dilaporkan berkata suruhanjaya itu telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri.

    Sebanyak 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

    Sebelum ini, perdana menteri kesembilan itu dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah di rumahnya pada 21 Feb lalu.

    Pada 3 Mac lepas, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah rumah selamat (safe house) susulan serbuan dilakukan pihaknya.

    SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

    Menurut Azam, siasatan dijalankan secara profesional dan dakwaan kononnya SPRM telah meletakkan wang sebanyak RM170 juta dalam rumah selamat berkenaan adalah tidak munasabah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah