33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPR bincang PRK Sg Bakap pada mesyuarat 6 Jun

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 6 Jun ini bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap akan datang.

    “Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu diadakan,” kata Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini.

    Walaupun tidak disebut dalam kenyataan itu, mesyuarat sebegitu biasanya akan menetapkan tarikh-tarikh penting untuk pilihan raya, termasuk tarikh pengundian.

    Kerusi Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latif pada Jumaat lepas.

    Ikmalrudin mengesahkan SPR menerima makluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Law Choo Kiang mengenai kekosongan itu, dan kini dikehendaki oleh undang-undang untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dalam tempoh 60 hari.

    MENARIK:  MP PN fail saman cabar kesahihan perjanjian perdagangan Malaysia-AS

    Pada pilihan raya negeri lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Bahagian Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah