33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SKMM tingkat kerjasama dengan polis atasi buli siber

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyambut baik pengumuman kerajaan untuk meneliti pindaan undang-undang sedia ada termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta mempertimbangkan keperluan menggubal atau mewujudkan akta baru dalam menangani isu buli siber.

    SKMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengumuman berkenaan menghantar isyarat penting bahawa kerajaan komited dan serius dalam menangani masalah buli siber yang berlaku sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.

    “Langkah itu juga akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih efektif selain membawa mereka yang terlibat ke mahkamah, sekali gus memberi pembelaan sewajarnya kepada mereka yang terkesan,” menurut kenyataan itu.

    SKMM turut memaklumkan pihaknya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.

    “Sinergi bersama PDRM juga akan dikukuhkan bagi memastikan inisiatif ini berkesan dan memberi impak kepada rakyat.

    “SKMM dan Kementerian Komunikasi juga merancang untuk menganjurkan siri jelajah ke seluruh negara untuk menyebarkan mesej dan modul cegah buli siber di segenap lapisan rakyat,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  MP Bukit Mertajam gesa henti semua bentuk provokasi agama, kaum

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam berkata dalam usaha menangani masalah buli siber di platform media sosial, Kementerian Komunikasi akan meneliti pindaan undang-undang sedia ada di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selain undang-undang lain yang berkaitan.

    Beliau berkata pihaknya juga akan meneliti jika terdapat keperluan bagi mewujudkan atau menggubal akta baru khusus untuk buli siber.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah