33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah Rayuan ketepi tuntutan LAD empat pembeli rumah EkoCheras

    Shopee Sale

    Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan empat pembeli rumah menuntut tambahan ganti rugi jumlah ditentukan (LAD) susulan kelewatan penyerahan milikan kosong unit masing-masing.

    Panel tiga hakim terdiri daripada Azizul Azmi Adnan, Ong Chee Kwan dan Nadzarin Wok Nordin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Ekovest Capital Sdn Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Prompt Capital Sdn Bhd, selaku pemaju pembangunan bercampur EkoCheras di Kuala Lumpur.

    Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, semalam, Ong berkata surat penyelesaian yang ditandatangani pembeli ialah “satu persetujuan dan penyelesaian muktamad” serta membawa kepada pelepasan sepenuhnya terhadap liabiliti Ekovest berkaitan LAD bagi unit kediaman dan kemudahan bersama.

    Dia berkata tuntutan berikutnya bagi tambahan LAD termasuk yang dibuat berdasarkan pengiraan pampasan daripada yuran tempahan dan bukannya Perjanjian Jual Beli (SPA), atau pelanjutan tempoh penyiapan sehingga pengeluaran Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) penuh diliputi oleh penyelesaian yang dicapai antara pihak-pihak terlibat.

    Ong berkata perlindungan pembeli di bawah Akta Pemajuan Perumahan (HDA) tidak ditentukan oleh surat penyelesaian itu, yang hanya bertujuan untuk mencapai kompromi terhadap hak-hak terakru di bawah HDA, yang menyaksikan pembeli bebas untuk menyelesaikan perkara tersebut.

    Mahkamah memerintahkan keempat-empat pembeli rumah membayar kos berjumlah RM60,000.

    Mereka ialah Tan Tiong Hwa, Lim Swee Pei, Chong Sew May dan Chong Chee Sien, yang menuntut LAD susulan kelewatan Ekovest menyerahkan milikan kosong unit masing-masing serta kemudahan bersama.

    MENARIK:  Mahkamah putuskan Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara hari ini

    Sebelum ini, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang memihak kepada keempat-empat pembeli kerana berpandangan mereka berhak menuntut tambahan LAD.

    Kesemua pembeli rumah mendakwa antara terma dalam SPA ialah peruntukan yang menyatakan bahawa milikan kosong akan diserahkan setelah tamat tempoh 48 bulan memandangkan Ekovest memperoleh lanjutan masa pada 18 Okt 2013 sebelum pihak-pihak terbabit menandatangani SPA masing-masing.

    Mereka mendakwa Ekovest melanjutkan tempoh penyerahan milikan kosong dan penyiapan kemudahan bersama daripada 36 kepada 48 bulan dengan memasukkan peruntukan sedemikian ke dalam SPA, bukannya mematuhi tempoh asal yand ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.

    Mereka berkata LAD harus dikira dari tarikh deposit tempahan dibayar.

    Ekovest, bagaimanapun berhujah bahawa kesemua pembeli secara sukarela menerima bayaran penyelesaian sebagai penyelesaian penuh dan muktamad bagi tuntutan mereka sekali gus menghalang mereka membuat sebarang tuntutan lanjut bagi LAD.

    Pada prosiding hari ini, peguam Shamesh Jeevaretnam dan Dashprit Kaur mewakili Ekovest manakala kesemua pembeli rumah diwakili peguam Cecilia Tan Shee Shia serta Fatin Izyan Muhamad Fadzil.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah