28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersama tidak bertanding di PRN Negeri Sembilan, fokus Melaka

    Shopee Sale

    Selepas hilang deposit di semua kerusi yang ditandingi di Johor baru-baru ini, Parti Bersama Malaysia (Bersama) memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan akan datang.

    Menurut parti serpihan PKR itu, terdapat beberapa perbezaan ketara antara PRN Negeri Sembilan dengan Johor menyebabkan keputusan itu diambil.

    "Pertama, persaingan di antara PH dan BN adalah lebih sengit di Negeri Sembilan, termasuk faktor PH sebagai kerajaan negeri.

    "Kedua, keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan," kata Bersama dalam kenyataan media, hari ini.

    Dalam PRN Johor, Bersama yang diasaskan bersama bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli bertanding di 15 kerusi dan tewas semuanya.

    MENARIK:  Lembaga Disiplin JPA teliti laporan siasatan pemilikan saham Azam Baki - KSN

    Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, Bersama berpendapat adalah lebih strategik agar fokus Bersama beralih kepada PRN Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang.

    "Oleh itu, Bersama tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.

    "Mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada hari Selasa, 21 Jul untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal," kata kenyataan itu lagi.

    PRN Negeri Sembilan akan bermula dengan proses penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah