29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seorang maut, 7 cedera parah lepas van kilang terbabas

    Shopee Sale

    Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas van kilang yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Mount Erskine, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi.

    Enam mangsa yang cedera parah juga adalah wanita dan berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun.

    Seorang lagi mangsa – lelaki – merupakan pemandu van berkenaan dan dia turut mengalami kecederaan parah.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi.

    "Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba berdepan detik cemas apabila mendapati empat daripada lapan mangsa yang berada dalam van kilang itu tersepit di dalam remukan kenderaan tersebut.

    MENARIK:  Perbaiki sukatan pelajaran, bukan hapus sekolah vernakular - panelis

    "Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dibantu BBP Lebuh Pantai menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit sebelum semuanya berjaya dikeluarkan pada jam 7.17 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Tambah pegawai itu, mangsa yang meninggal dunia akibat kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bezah siasat, manakala tujuh lagi dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah