Pelakon, Aniq Suhair dan Bella Dowanna digandingkan buat pertama kali menerusi drama romantik komedi terbaharu berjudul Ate Kome, I Love You!.
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Buat Babak Jadi Imam, Saya Dah Minta Maaf Dengan Allah’ – Marissa Yasmin
Artikel Berkaitan: Impak ‘Walid’, Faizal Hussein Terima DM Wanita Indonesia Minta Jadi Isteri – ‘Ramai Ajak Kahwin’
Dari gaduh jadi sayang

Naskhah tersebut mengisahkan dua musuh zaman kanak-kanak dipertemukan semula apabila dewasa sehingga hubungan yang bermula dengan persengketaan perlahan-lahan bertukar menjadi cinta.
Keserasian Aniq dan Bella menjadi antara tarikan utama naskhah 12 episod itu yang diarahkan oleh Helmi Yusof.
Drama terbitan Viu Original itu mula ditayangkan secara eksklusif sejak 25 Jun lalu dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat.
Selain Aniq dan Bella, drama ini turut dibintangi Amy Mastura, Ieda Moin dan pendatang baharu, Nurel Baharin. Ini juga menyaksikan Bella kembali bekerjasama dengan Helmi selepas drama Abang Imam Minah Skuter pada 2025.
Drama ini mengisahkan permusuhan Mila (Bella) dan Mamat (Aniq) yang berpunca daripada konflik lama antara ibu mereka, yang suatu ketika dahulu merupakan sahabat baik sebelum hubungan itu retak.
Apabila dewasa, Mila berkahwin dengan Daniel demi memenuhi kehendak keluarganya, namun rumah tangganya musnah apabila suaminya meninggalkannya bersama beban hutang.
Tanpa pilihan lain, Mila berpindah ke Kuala Lumpur dan secara tidak disangka bertemu semula dengan Mamat, individu yang paling tidak disangka akan menjadi tempatnya bergantung.
Mila akhirnya menerima pelawaan Mamat untuk tinggal bersama keluarganya di sebuah flat kecil. Pertelingkahan dan salah faham yang berlaku setiap hari sedikit demi sedikit mengubah hubungan mereka menjadi lebih akrab.
Turut melengkapkan penceritaan ialah lagu tema rasmi berjudul Syarat Cinta nyanyian ALVN yang diterbitkan oleh MsOrange Solutions Creative bersama Rhunut Music.
Lagu itu mengangkat tema cinta, kesetiaan dan peluang kedua, sekali gus menguatkan emosi dalam setiap perjalanan kisah watak utama.
The post Waktu Kecil Bermusuh, Dah Besar Aniq Suhair & Bella Dowanna Bercinta? first appeared on OHBULAN!.





