31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakaman CCTV Bongkar Pembunuhan Gadis 17 Tahun, Mayat Disumb*t Dalam Bagasi & Dibuang Di Landasan Kereta Api

    Shopee Sale

    Seorang lelaki warga Australia telah ditahan pihak berkuasa Thailand selepas mayat seorang remaja perempuan ditemui di dalam sebuah beg pakaian berhampiran landasan kereta api di Pattaya.

    Artikel Berkaitan: Lelaki Mengaku Simpan & Mak*n Anggota Badan Manusia, Curi Mayat Dari Hospital & Kubur

    Artikel Berkaitan: Mayat Budak Tiga Tahun Disorok Dalam Guni, Disyaki Dirog*l & Dibun*h

    Bunuh, sumbat mayat dalam beg

    Menurut laporan polis, suspek berusia 45 tahun itu didakwa membawa mangsa, Tunchanok Donhomla, 17, dari kawasan hiburan malam di Beach Road pada awal pagi Khamis. Remaja tersebut kemudian dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya pada petang Jumaat selepas gagal dikesan.

    Siasatan awal membawa polis ke sebuah hotel di Pattaya, lokasi terakhir mangsa dipercayai berada bersama suspek. Mayat remaja itu kemudiannya ditemui dalam sebuah beg pakaian hitam di kawasan berhampiran landasan kereta api, kira-kira 10 minit perjalanan dari hotel berkenaan.

    Suspek ditahan pada malam Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok ketika cuba meninggalkan negara tersebut. 

    MENARIK:  [VIDEO] Harga Mikrofon Shila Amzah Boleh Beli Kereta, Siap Ada Logo ‘Fans Club’ & Nama!

    Ketua Polis Pattaya memaklumkan bahawa pada peringkat awal, lelaki berkenaan hanya disiasat di bawah kesalahan membawa seorang bawah umur untuk tujuan tidak senonoh. 

    Namun, siasatan lanjut dan bukti akhirnya membawa suspek kepada pertuduhan bunuh serta kesalahan menyembunyikan atau memindahkan mayat bagi mengelakkan pengesanan.

    Pihak polis turut memaklumkan terdapat kesan calar pada tubuh suspek yang dipercayai berlaku akibat pergelutan. Bagaimanapun, lelaki itu menafikan semua tuduhan dan mendakwa remaja berkenaan hilang ketika dia sedang tidur.

    Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula didakwa menunjukkan suspek membawa keluar sebuah beg pakaian dari hotel pada malam kejadian, serta menunggang motosikal sambil membawa beg tersebut yang sepadan dengan beg yang kemudian ditemukan mengandungi mayat mangsa.

    Sumber: RNZ

    The post Rakaman CCTV Bongkar Pembunuhan Gadis 17 Tahun, Mayat Disumb*t Dalam Bagasi & Dibuang Di Landasan Kereta Api first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah