30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wajib keluar mengundi, elak kuasa dirampas pihak lain – Hadi

    Shopee Sale

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa keluar mengundi dalam pilihan raya merupakan satu kewajipan bagi setiap umat Islam bagi memastikan kuasa pemerintahan tidak dirampas oleh “pihak lain”.

    Abdul Hadi berkata, urusan memilih pemimpin dan mentadbir negara menerusi politik adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam yang tidak boleh dipisahkan melalui kefahaman sekularisme. 

    Dia mengingatkan bahawa kegagalan berbuat demikian, termasuk tindakan tidak keluar mengundi atau menjual undi, boleh membawa kelemahan kepada umat Islam.

    "Kini, ramai yang tidak keluar mengundi atau menjual undi sehingga kuasa Islam dirampas. 

    “Ada yang berebut jawatan sehingga berpecah belah yang membawa kelemahan, lalu dijajah oleh musuh," katanya dalam tulisan Minda Presiden PAS bertarikh hari ini.

    Kenyataan itu dikeluarkan hari ini di tengah-tengah tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Johor. PAS bertanding 11 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mengunakan logo Perikatan Nasional (PN). 

    Bersatu, bekas sekutunya yang masih menggunakan logo sama, bertanding 16 kerusi dan Parti Pejuang Tanah Air dengan satu kerusi.

    MENARIK:  Mengarut - Wee selar KWSP jual murah saham MAHB

    Pilih pemimpin Islam, bukan Islam tak ekstrem

    Sementara itu, Abdul Hadi turut menyeru masyarakat Melayu-Islam supaya bersatu memilih pemimpin dalam kalangan umat Islam serta golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

    Dia juga mengingatkan umat Islam agar menolak mana-mana pihak bukan Islam yang disifatkannya sebagai "ekstrem" serta didakwa merancang menguasai negara dengan bergabung bersama orang "Melayu liberal yang tidak mencintai agama dan bangsanya sendiri".

    Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, perkara tersebut tidak bermakna umat Islam bersikap fanatik terhadap agama dan bangsa kerana Islam tetap mewajibkan sifat adil kepada seluruh manusia dalam memimpin masyarakat majmuk.

    PRN Johor akan berlangsung pada 11 Julai depan susulan pembubaran DUN pada 1 Jun oleh Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

    BN walaupun masih mendukung kerajaan pusat memilih bergerak solo dalam pertembungan pelbagai penjuru, termasuk dengan Pakatan Harapan (PH), Parti Bersama Malaysia dan Ikatan Demokratik Malaysuai (Muda).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah