26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selangor sumbang 700 lembu, 1,000 kambing korban

    Shopee Sale

    Kerajaan Selangor menyumbang 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bagi menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

    Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata untuk tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi menampung rakyat tidak berkemampuan melaksanakan ibadah berkenaan.

    “Semua sumbangan ini akan diagih ke masjid dan surau di seluruh negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

    Amirudin berkata dalam mencapai kualiti ibadah korban yang terbaik, kerajaan negeri menetapkan syarat kepada pembekal seperti berat minimum untuk lembu ialah 270 kilogram (kg) manakala 100kg untuk kambing.

    MENARIK:  Ribut petir diramal landa utara tanah air esok

    “Seperti tahun-tahun sebelumnya, kerajaan negeri tidak pernah terlepas menyumbang untuk ibadah korban. Moga manfaatnya dirasai oleh umat Islam yang memerlukan,” katanya.

    - Bersama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah