27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sarat mengandung tak jadi halangan keluar mengundi

    Shopee Sale

    Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN Nenggiri.

    Dia yang teruja untuk mengundi pada PRK DUN Nenggiri kali ini sanggup keluar awal pagi bersama suaminya bagi membuang undi.

    "Takut juga tak sempat mengundi bimbang bersalin, namun alhamdulillah saya dapat menunaikan tanggungjawab pagi ini.

    "Saya rasa teruja untuk mengundi kali ini walaupun telah banyak kali mengundi," katanya ketika ditemui di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali, Kampung Bertam Lama, Gua Musang.

    Penoreh getah, Zakaria Mamat, 64, pula "bercuti" daripada rutin menoreh getah demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

    Zakaria Mamat

    Malah, dia yang teruja untuk memangkah calon pilihannya sanggup keluar awal pagi untuk menjadi pengundi pertama di pusat pengundian itu.

    "Saya tak menoreh hari ini semata-mata untuk keluar mengundi.

    "Saya teruja dan pada masa sama berdebar. Alhamdulillah menjadi pengundi pertama di sini pagi ini,” kata bapa kepada 14 orang anak itu.

    Akmal Haikal

    Pengundi muda, Akmal Haikal, 18, yang buat pertama kali mengundi mengakui berdebar untuk membuat pilihan.

    MENARIK:  Peguam pertimbang tuntut 'perlindungan tambahan' untuk ibu bapa Zayn

    "Saya keluar awal pagi untuk datang ke sini (pusat mengundi), untuk pertama kali mengundi ia agak mendebarkan.

    "Saya keluar jam 7.40 pagi untuk datang mengundi, saya teruja untuk mengundi buat pertama kalinya," katanya lagi.

    Pengundi di Nenggiri akan memilih antara calon Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail atau calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah