27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FGV ‘Turun Padang’ Masak Bubur Lambuk, Hargai Wira Jalan Raya Menjelang Raya

    Shopee Sale

    Bulan Ramadan ni bukan setakat tahan lapar dan dahaga je tau, tapi inilah masanya untuk kita tingkatkan amanah dan semangat kebersamaan.

    Sambil kita sibuk buat persiapan raya, jangan lupa ada ‘Wira Jalan Raya’ kita yang gigih bertugas demi kelancaran trafik.

    Terbaharu, FGV Holdings Berhad (FGV) telah mengambil inisiatif yang cukup murni melalui program FGV Seikhlas Hati dengan menjalin kolaborasi bersama pihak PDRM, khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

    Masak dan agih bubur lambuk guna produk Saji!

    Apa yang menariknya, program ini dimulakan dengan aktiviti rewang memasak bubur lambuk secara bergotong-royong.

    Korang tahu tak, bubur lambuk ni memang ‘special’ sebab menggunakan produk-produk keluaran FGV sendiri seperti Minyak Masak Saji, Santan Saji, Beras Wangi Saji Aroma dan juga Gula Prai.

    Lepas siap masak, bubur lambuk ini diagihkan kepada orang ramai sebagai simbol berkongsi rezeki dan membawa kegembiraan buat komuniti setempat.

    Hargai ‘wira tak didendang’

    Bukan itu sahaja, inisiatif ini juga merupakan tanda penghargaan buat anggota polis trafik yang bertugas tanpa mengira penat lelah, siang atau malam, hujan mahupun panas. Terutamanya menjelang musim perayaan ni, mereka nilah yang pastikan keselamatan dan kelancaran jalan raya buat kita semua.

    MENARIK:  Akhiri Hayat Adik Kandung, Pekerja Ladang Dijatuhi Hukuman Gantung

    Wakil daripada FGV menyatakan bahawa program ini adalah pengiktirafan buat warga PDRM yang dianggap sebagai wira tak didendang.

    Golongan yang memerlukan tidak dilupakan

    Selain daripada agihan bubur lambuk, FGV turut menghulurkan sumbangan buat 40 orang penerima yang terdiri daripada balu, anak yatim, dan golongan OKU dalam kalangan keluarga PDRM.

    Mereka menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas FGV dengan harapan dapat menceriakan lagi sambutan Syawal yang bakal tiba.

    Memang ‘respect’ habislah dengan usaha murni FGV dan PDRM ni. Semoga lebih banyak syarikat korporat lain yang tampil melakukan inisiatif sebegini di masa hadapan!

    Ayuh tonton video penuh kerjasama antara FGV dan PDRM di bawah:

    The post FGV ‘Turun Padang’ Masak Bubur Lambuk, Hargai Wira Jalan Raya Menjelang Raya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah