27.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    U Mobile Lancar Pelan ULTRA5G Baharu. Ada Akses Keutamaan & Keselamatan Pintar!

    Shopee Sale

    U Mobile sekali lagi tampil dengan inovasi baharu apabila melancarkan portfolio ULTRA5G paling komprehensif setakat ini, merangkumi pelan prabayar, pascabayar dan juga perusahaan.

    Menariknya, pelan ini bukan sekadar tawarkan internet laju, tapi hadir dengan ciri pertama dalam industri seperti akses rangkaian keutamaan, keselamatan digital bersepadu dan pengalaman ketersambungan yang lebih pintar serta selamat.

    Direka untuk cara hidup digital masa kini

    Pelancaran yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 April 2026 lalu memperkenalkan pelbagai penyelesaian yang direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini, sama ada untuk hiburan, kerja mahupun perniagaan.

    Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Konsumer U Mobile, Navin Manian, pengguna kini semakin mengutamakan kelajuan dan kuota data yang tinggi.

    Dalam masa sama, mereka juga mahukan sambungan yang stabil walaupun berada di kawasan sesak seperti:

    • Stadium
    • Hab pengangkutan
    • Kawasan komersial
    • Institusi akademik

    Selain itu, isu keselamatan siber dan penipuan turut menjadi kebimbangan utama pengguna masa kini.

    Pelan Prabayar: Data besar, kelajuan tanpa had

    Untuk pengguna prabayar, U Mobile tampil dengan pelan yang menawarkan:

    • Kelajuan sehingga 100 kali ganda lebih pantas tanpa had kelajuan
    • Pek SIM serendah RM10 dengan data tanpa had, panggilan tanpa had dan hotspot percuma
    • Pelan data sehingga 500GB bermula dari RM28

    Antara ciri paling menarik ialah ULTRA5G Priority Pass iaitu ciri pertama dalam pasaran yang membolehkan pengguna menikmati akses rangkaian keutamaan ketika waktu sesak seperti konsert atau acara besar.

    Pass ini boleh dibeli secara fleksibel:

    • RM2 untuk 1 jam
    • RM5 untuk 3 jam

    Selain itu, pelan ini turut dilengkapi perlindungan keselamatan terbina terhadap laman web berisiko, SMS phishing dan panggilan penipuan.

    Pelan Pascabayar: Lebih banyak data, siap roaming percuma

    Bagi pelan pascabayar pula, U Mobile menawarkan:

    • Sehingga 1,000GB data
    • 15GB roaming global percuma
    • ULTRA5G Priority Pass dalam semua pelan

    Untuk pelan lebih tinggi, pengguna akan menerima lebih banyak pass setiap bulan.

    Antara pelan yang mencuri perhatian ialah ULTRA Family 128, yang hadir dengan:

    • 4 talian boleh kongsi
    • 1,000GB data kongsi
    • 15GB roaming global di lebih 60 destinasi
    • 12 Priority Pass percuma setiap bulan

    Bukan itu saja, pelanggan pelan ini juga menikmati tawaran istimewa beli 1 percuma 1 telefon 5G.

    Keselamatan jadi fokus utama

    Dalam pelan pascabayar, aspek keselamatan diberikan perhatian serius melalui perlindungan terbina terhadap phishing, scam call dan laman berbahaya serta perlindungan tambahan berbayar seperti kecurian identiti, malware dan insurans penipuan siber.

    Selain itu, ciri ULTRA WatchShare kini menyokong Apple Watch selain Samsung dan Huawei, dengan akses percuma selama 6 bulan untuk pengguna Apple Watch.

    Percubaan percuma untuk semua

    Bagi yang ingin mencuba pengalaman ULTRA5G, U Mobile turut menawarkan:

    • Percubaan percuma 7 hari
    • 10GB data 5G ultra laju
    • Panggilan percuma ke semua rangkaian
    MENARIK:  Adakah Shakilla Khoriri Akan Nikah Esok?

    Tawaran ini tersedia untuk peranti yang menyokong eSIM.

    ULTRA Business: Fokus kepada prestasi & keselamatan

    Selain pengguna individu, U Mobile turut memperkenalkan pelan ULTRA Business yang direka khas untuk perusahaan.

    Menurut Ketua Pegawai Perniagaan U Mobile, How Lih Ren, tidak semua trafik rangkaian adalah sama dan atas sebab itu, perniagaan memerlukan tahap keutamaan yang berbeza untuk memastikan operasi berjalan lancar.

    Seiring dengan keperluan tersebut, pelan ini dibangunkan berteraskan tiga fokus utama, iaitu memastikan keutamaan rangkaian untuk prestasi yang lebih konsisten, menyediakan ketersambungan premium yang lancar merentas sempadan geografi, serta memperkukuh aspek keselamatan melalui perlindungan pintar yang terbina dalam rangkaian.

    ULTRA5G Reserve: Keutamaan untuk bisnes

    Antara inovasi utama ialah ULTRA5G Reserve™, iaitu akses keutamaan rangkaian khusus untuk perusahaan.

    Dengan ciri ini:

    • Data perniagaan diberi keutamaan berbanding trafik biasa
    • Prestasi boleh meningkat sehingga 4 kali ganda
    • Paparan rangkaian akan menunjukkan “ULTRA5G RESERVE”

    Pelan perusahaan lengkap & menyeluruh

    Pelan ULTRA Business turut merangkumi:

    • Sehingga 2,000GB data
    • Panggilan dan SMS tanpa had
    • Perayauan premium di 60 destinasi
    • Keselamatan terbina terhadap malware, spyware dan pelanggaran data
    • Peranti 5G percuma serta SIM peranti

    Selain itu, U Mobile turut memperluaskan penawaran kepada:

    • ULTRA IoT (penyelesaian peranti berhubung untuk operasi pintar)
    • ULTRA Business WiFi (plug-and-play tanpa pemasangan)
    • Business Fibre (100Mbps hingga 10Gbps)
    • Dedicated Internet Access (jalur lebar peribadi dengan prestasi terjamin)
    • ULTRA IoT (penyelesaian peranti berhubung untuk operasi pintar)

    Disokong rangkaian 5G generasi baharu

    Semua pelan ini dipacu oleh rangkaian 5G-SA generasi baharu berasaskan AI milik U Mobile.

    Setakat Mac 2026:

    • 80% liputan CoPA telah dicapai (lebih awal daripada sasaran)
    • Diiktiraf sebagai Rangkaian 5G Paling Pantas oleh Ookla
    • Memenangi Ketersediaan 5G Terbaik oleh Opensignal

    Dari segi keselamatan, lebih 390 juta cubaan penipuan telah berjaya disekat melalui firewall suara dan SMS.

    Menurut Ketua Pegawai Teknologi U Mobile, Woon Ooi Yuen, rangkaian ini direka bukan sekadar untuk kelajuan, tetapi untuk memberi manfaat sebenar kepada pengguna dan perniagaan.

    Malah, U Mobile juga sedang menuju ke arah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang memperkenalkan Security-as-a-Service (SECaaS) pada peringkat infrastruktur.

    Dengan pelancaran ini, U Mobile bukan saja menawarkan pelan baharu tetapi menetapkan penanda aras bagaimana teknologi 5G boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sebenar.

    Daripada kelajuan, keselamatan hinggalah ke keutamaan rangkaian, semuanya direka untuk membantu pengguna dan perniagaan beroperasi dengan lebih yakin dalam dunia digital yang semakin berkembang.

    Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi U Mobile di www.u.com.my.

    The post U Mobile Lancar Pelan ULTRA5G Baharu. Ada Akses Keutamaan & Keselamatan Pintar! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah