Usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar menegaskan keputusannya untuk membuat permohonan penarikan balik kes pengesahan rujuk terhadap bekas isterinya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi adalah untuk menamatkan salah faham yang berlaku antara mereka.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Mahu Jadi Kawan, Netizen Mohon Lepaskan Adira Dengan Baik – ‘Berdamailah Dengan Takdir’
Artikel Berkaitan: ‘Harap Perbalahan Kita Tamat, Boleh Berunding Jaga Anak Ikut Haluan Masing-Masing’ – Datuk Red Mohon Maaf Kepada Adira
Tarik balik

Ketika ditemui , Datuk Red, 46, mengakui lelah dengan proses yang kian berlarutan tanpa berpenghujung selain mahu mengelakkan menjadi perhatian umum.
Kalau ikutkan memang mahu tamatkan perkara ini. Saya sudah malas sebab penat kalau terus macam ini.
Nanti pusing-pusing, saya juga yang dipersalahkan. Jadi, saya tak mahu begitu, tak mahu memanjangkan isu ini. Disebabkan itu, saya mahu tamatkan dan tarik balik kes.
Datuk Red berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding permohonan penarikan balik kes berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada petang Khamis.
Dalam pada itu, Datuk Red turut berharap kes itu akan menemukan jalan penyelesaian pada prosiding yang dijadualkan pada 9 Julai depan.
Harapan untuk 9 Julai depan, kalau saya boleh saya hendak habiskan sahaja. Kalau boleh saya mahu perkara ini diselesaikan cepat.
Terdahulu, mahkamah menolak pemohonan penarikan balik kes pengesahan rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap Adira.
Mahkamah kemudian memutuskan prosiding seterusnya pada 9 Julai depan bagi mendengar keterangan kedua belah pihak.
Sebelum ini, Datuk Red melalui permohonan difailkan pada 18 Disember lalu mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian.
Bagaimanpun, Adira meluahkan rasa terkejut dengan dengan tindakan Datuk Red dan mendedahkan usahawan itu turut meminta bayaran sebanyak RM100,00 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes rujuk.
The post Mahu Tamatkan Kemelut, Datuk Red Tarik Balik Kes Pengesahan Rujuk Terhadap Adira first appeared on OHBULAN!.





