29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU Mufti: Jemaah menteri dimaklumkan mengenai titah Raja Perlis – Fahmi

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail yang tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan).

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata titah itu akan diteliti oleh Perdana Menteri sebelum dirujuk kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja minggu depan. 

    “Ini semua (titah dan pandangan) menjadi garis panduan untuk kita memastikan rang undang-undang tersebut mencapai maksud dan hasrat asal,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di sini. 

    Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan sebuah portal bahawa Tuanku Syed Sirajuddin bertitah tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong rang undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar pada 2 Julai lepas. 

    MENARIK:  Peniaga jual ikan selayang 20 sen seekor bantu orang ramai

    Baginda dilaporkan bertitah demikian menerusi Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kemudian membuat hantaran di laman Facebook.

    Semalam, Anwar berkata perincian berkaitan RUU itu mungkin dirujuk kepada Majlis Raja-Raja dan buat masa ini, ia di peringkat perbincangan oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah