28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ROS lulus pindaan perlembagaan Bersatu

    Shopee Sale

    Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan usul pindaan perlembagaan Bersatu, kata Ketua Armada parti itu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad .

    Sehubungan itu, katanya, langkah seterus Bersatu adalah mengosongkan enam kerusi parlimen supaya pilihan raya kecil (PRK) dapat diadakan.

    “ROS telah lulus permohonan pindaan perlembagaan Bersatu yang membolehkan kami mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang telah menyokong Anwar Ibrahim.

    "Langkah seterusnya mengosongkan kerusi-kerusi mereka ini untuk PRK peringkat Parlimen," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

    Dia turut menyiarkan salinan surat kelulusan itu yang bertarikh 1 April lalu yang ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan, Mohd Zulfikar Ahmad.

    Menurut surat itu, peruntukan undang-undang baru tersebut menggantikan undang-undang lama yang berkuatkuasa, semalam.

    Pada 2 Mac lalu, Bersatu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu bagi melucutkan keahlian parti bagi wakil rakyat yang menyokong mana-mana pihak bertentangan dengan parti.

    MENARIK:  KKM digesa kaji semula cadangan biayai insurans dengan akaun KWSP

    Setakat ini, enam ahli parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar.

    Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

    Manakala Adun yang terbabit pula ialah Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah