26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rokok jelas haram, nak letak bahagian mana terpulang – mufti

    Shopee Sale

    Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad tidak melihat terdapat sebarang masalah untuk meletakkan rokok di mana-mana bahagian jualan kerana fatwa berkaitan perkara itu sudah jelas.

    Dia berkata demikian ketika ditanya Malaysiakini berkaitan cadangan meletakkan rokok di bahagian tidak halal, bersama arak dan babi.

    "Fatwa telah keluarkan merokok itu haram, tapi dari segi pengurusan pentadbiran itu kita terserah kepada pihak pengurusan dan pentadbiran untuk melaksanakan (pengharaman rokok).

    "Nak letak bahagian mana (penjualan) rokok terpulanglah," katanya.

    Mohamad Shukri Mohamad

    Pada 6 Sep lalu, Menteri agama Mohd Na'im Mokhtar berkata akan berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkaitan cadangan meletakkan rokok di bahagian tidak halal.

    Dia berkata demikian ketika ditanya pemberita memandangkan rokok sudah lama difatwakan haram.

    MENARIK:  Bilik darjah RM500k: MCA persoal harga melebihi rumah mampu milik

    Sementara itu, Mohamad Shukri percaya tabiat merokok dapat dikekang lebih baik juga ia melibatkan pelaksanaan  pihak pengurusan dan pentadbiran kerajaan, berbanding pengeluaran fatwa semata-mata.

    "Majlis fatwa hanya mengeluarkan fatwa rokok haram, (tapi) bukan bahagian fatwa yang ambil tindakan.

    “Jadi nak letak kategori mana (penjualan rokok) terserah kepada pihak pentadbiran," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah