28.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakaman percakapan Muhyiddin ditangguhkan ke esok

    Shopee Sale

    Proses rakaman percakapan Muhyiddin Yassin berhubung ucapan yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ditangguhkan ke esok, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

    Katanya penangguhan itu dibuat kerana peguam Pengerusi PN berkenaan masih berada di luar negara.

    “Keterangan Muhyiddin akan diambil di pejabatnya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) pada jam 11 pagi esok,” katanya ringkas ketika dihubungi.

    Sebelum ini, media melaporkan rakaman percakapan Muhyiddin dijadualkan diambil di Mida pada jam 11 pagi hari ini , menyebabkan seramai 15 pengamal media berada di lobi bangunan tersebut bagi membuat liputan.

    Muhyiddin didakwa membuat ucapan menyentuh 3R semasa kempen PRK Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Kelantan, baru-baru ini menyebabkan ramai pihak membuat laporan polis.

    MENARIK:  Hamas tolak letak senjata, ikrar terus perangi ‘ejen Israel’ di Gaza

    Muhyiddin juga dikatakan mengeluarkan ucapan yang mempertikai tugas dan perananan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

    Tindakan itu membangkitkan kemurkaan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang bertitah supaya polis mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh terbabit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah