32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafidah, tiga lagi individu dibebas dengan jaminan polis

    Shopee Sale

    Empat individu termasuk aktivis Rafidah Ibrahim yang ditahan kerana dipercayai cuba mencetuskan kekecohan semasa Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru telah dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kesemua individu berkenaan sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah berkaitan dengan isu ketenteraman dan keselamatan awam.

    "Siasatan terhadap keempat-empat individu berkenaan masing sedang dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya selepas majlis penyerahan sumbangan ‘Masih Ada Yang Sayang’ oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada 70 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau menegaskan pihak polis sentiasa mengutamakan keselamatan dan ketenteraan awam dalam apa sahaja program yang dilaksanakan di negara ini.

    “Sekiranya ada risikan atau ada apa-apa maklumat yang kami (polis) terima, (tentang sesuatu) akan memberikan kesan negatif terhadap ketenteraman dan keselamatan awam, polis akan ambil tindakan," katanya.

    MENARIK:  Bot karam: Dua dari tiga mayat ditemukan lebih 100km dari lokasi

    Pagi semalam, polis menahan empat individu termasuk dua wanita berumur antara 39 hingga 47 tahun, dipercayai cuba mencetuskan kekecohan semasa Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru.

    Sementara itu, mengulas mengenai kes serangan terhadap wartawan sukan Haresh Deol, Fadil berkata pihaknya sedang mengesan seorang lagi individu terlibat dalam kejadian berkenaan.

    "Walaupun suspek telah dituduh siasatan masih lagi diteruskan kerana dia dituduh di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan secara bersama," katanya.

    Fadil bagaimanapun enggan mengulas sama ada suspek lain telah dikenal pasti.

    Pada 25 Nov lepas Haresh, yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13 menerusi hantaran di laman X memaklumkan beliau telah diserang oleh dua lelaki ketika menuju ke keretanya, manakala seorang lagi merakam insiden itu menggunakan telefon bimbit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah