Seniman, pelakon, penulis dan penyair Pyanhabib menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini pada usia 66 tahun.
"Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali pada penciptaNya.
"Maafkan kesalahannya doakan yang baik-baik untuknya," kata isterinya pada hantaran di Facebook Pyanhabib.
Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman lahir 27 Mei 1958 terkenal dengan watak Osman Tikus dalam filem Kembara Seniman Jalanan.
[Berita penuh menyusul]





