28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pulau Pinang akan sentiasa martabatkan syiar Islam – KM

    Shopee Sale

    Pulau Pinang akan sentiasa berusaha memartabatkan syiar dan pembangunan umat Islam di negeri itu di samping pembangunan lain tanpa sebarang kompromi dan diskriminasi, kata ketua menterinya.

    Chow Kon Yeow berkata demikian setelah merasai pengalaman berbuka puasa bersama orang ramai dan komuniti masjid di seluruh daerah di negeri itu sepanjang Ramadan.

    “Tidak dapat diungkap dengan kata-kata betapa terharu dan gembiranya saya apabila melihatkan komuniti yang harmoni serta sangat mengalu-alukan semua pihak termasuk yang bukan beragama Islam untuk turut merasai pengalaman berbuka puasa yang hanya dapat diadakan sekali dalam setahun. 

    “Sesungguhnya, keadaan tersebut telah mencerminkan akhlak murni umat Islam di negeri ini,” kata pemimpin DAP itu.

    Acara buka puasa yang disertai Chow di Pulau Pinang beberapa hari lalu

    Dalam perutusan Aidilfitri petang ini, Chow meminta orang ramai menggunakan kesempatan semasa sambutan hari raya untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan mengeratkan ikatan silaturahim.

    Katanya, perkara itu hendaklah dilakukan tanpa mengira latar belakang anutan agama, bangsa, politik kepartian mahupun budaya.

    MENARIK:  'Haus dan lapar jawatan bukan budaya PKR'

    “Sekali lagi saya, isteri serta seluruh kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan ini, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

    “Saya mendoakan supaya sambutan hari raya yang disambut pada tahun ini menjadikan kita insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

    Pengumuman tarikh raya akan dibuat malam ini setelah acara melihat anak bulan Syawal dilakukan petang ini di 29 lokasi seluruh Malaysia.

    Tarikh itu akan ditentukan adalah berdasarkan prinsip rukyah dan hisab.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah