Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tidak dapat menahan sebak apabila kedua anaknya, Humairah dan Umar menunjukkan pencapaian luar biasa dalam pelajaran serta sahsiah diri.
Artikel Berkaitan: Kali Kedua Beraya Sebagai Ibu Tunggal, Shuhada Seronok Beraya Dengan Anak-Anak – ‘Alhamdulillah Mereka Dapat Banyak Baju Sponsor’
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi ‘Mengadu’ Setahun Tak Jumpa Anak-Anak, Shuhada Kongsi Keadaan Umar & Humairah – ‘Sihat Je Dekat Australia Ni’
Keputusan anak cemerlang

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkongsi pengalamannya ketika menghadiri pertemuan ibu bapa dan guru baru-baru ini.
Menurutnya, dia berasa sangat terharu apabila para guru memberikan maklum balas yang sangat positif mengenai perkembangan anak-anaknya.
Hari ini saya ke perjumpaan ibu bapa dan guru dan kedua-dua guru memberitahu Umar dan Humairah mencapai keputusan yang sangat cemerlang.
Mereka memberitahu saya bahawa saya telah menjalankan tugas yang sangat baik dalam membesarkan mereka, malah mereka mempunyai budi bahasa dan ilmu yang sangat baik.
Kata Shuhada, dia akhirnya dapat menarik nafas lega apabila usaha mendidik anaknya membuahkan hasil.
Akhirnya saya boleh menepuk bahu sendiri dan berkata dengan bangga, ‘syabas Shu’.
Untuk info, Hafidz dan Shuhada pernah berkahwin pada 30 April 2016 di Perlis, namun mereka sah bercerai pada 24 Februari 2023 selepas tujuh tahun hidup bersama.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
Sementara itu, Hafidz juga sudah berkahwin kali kedua dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada yang juga cinta pertama sejak berusia 15 tahun pada Disember 2023 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Instagram
The post Shuhada Syukur Humairah & Umar Raih Keputusan Cemerlang, Bukti Ibu Tunggal Mampu Berjaya first appeared on OHBULAN!.





